Mengalami Pembaharuan AllahSampel

Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud anda telah diperbaharui. Peribadi lama anda yang berdosa telah berlalu hasil daripada pembaharuan sepenuh melalui Kristus. Sebenarnya, perkataan diperbaharui boleh didefinisikan sebagai "berubah menjadi sesuatu yang baru dan berbeza, sesuatu yang lebih baik." Ini merumuskan apa yang dimaksudkan oleh pembaharuan dalam Kristus kerana kita telah dibentuk menjadi sesuatu yang lebih baik. Bagi sesetengah daripada kita, ia mungkin satu pergumulan untuk menanggalkan diri berdosa yang lama dan mengubah kehidupan kita sepenuhnya. Ia mungkin terus menjadi suatu pergumulan, tetapi ketahuilah ini: sekiranya anda tetap setia dalam hubungan anda dengan Allah, Dia akan terus bekerja dalam kehidupan anda untuk memperbaharui anda dan menyingkirkan kesan dosa yang terus melanda anda.
Kitab
Perihal Pelan

Menjadi ciptaan yang baru dalam Kristus bermaksud kita diperbaharui secara berterusan melalui-Nya. Allah memperbaharui hati, minda, dan tubuh kita. Dia juga memperbaharui tujuan kita. Dalam pelan bacaan selama 5 hari ini, anda akan mendalami apa yang dinyatakan dalam Firman Allah tentang pembaharuan. Pada setiap hari, anda akan menerima bacaan Alkitab dan renungan ringkas yang akan membantu anda merenungkan cara-cara yang berlainan di mana kita dapat mengalami pembaharuan Allah.
More
We would like to thank Life.Church for providing this plan. For more information, please visit: www.life.church
Pelan yang Berkaitan

Mengingati Segala yang Allah Lakukan

Detox Jiwa

Menggunakan Masa Anda untuk Allah

Bercakap dengan Allah dalam Doa

Emosi yang Kudus - Respons Alkitabiah kepada Setiap Cabaran

Satu Perkataan yang akan Mengubah Kehidupan Anda

Mempercayai Allah Adalah Baik Walau Apa Pun

Pelan Bacaan Yang Lebih Baik

Perubahan: Langkah Seterusnya untuk Perubahan Kehidupan
