Enam Langkah Menuju Kepemimpinan Terbaik AndaSampel

Six Steps To Your Best Leadership

HARI 6 DARIPADA 7

Risiko yang Perlu Diambil

Sama ada anda seorang remaja, pelajar kolej, sudah bekerja, atau sudah bersara, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengambil risiko. Ambillah risiko semasa anda bertumbuh dan semasa anda sedang merosot. Tiada orang yang mencapai sesuatu yang besar dengan menghindari risiko. 

Saya tidak memberitahu anda untuk mengambil risiko dalam perkara yang salah. Jangan mempertaruhkan hubungan yang sihat, jangan mempertaruhkan kesihatan anda, dan jangan memusnahkan apa yang berjalan dengan lancar. Walau bagaimanapun, apakah teori anda? Apakah gerak hati anda? Apakah motivasi anda yang dipegang kuat? Ambillah risiko secara beriman. 

Saya suka apa yang dikatakan oleh bekas Presiden Jimmy Carter, "Panjat ke atas dahan, di situlah adanya buah." 

Barangkali anda pernah dengar tentang peniaga yang kaya tetapi tidak jujur dalam Alkitab yang memanjat ke atas dahan pokok hanya untuk melihat Yesus. Dia mempunyai reputasi pemeras kewangan sebagai ketua pemungut cukai, dan dia membina kekayaannya atas reputasi itu. Pada suatu hari, dia mempertaruhkan reputasinya dan nyawanya dengan memanjat pokok untuk melihat Yesus. Yesus melihat Zakheus, mengundang diri-Nya ke rumah Zakheus, dan kehidupan Zakheus berubah serta-merta menjadi jauh lebih kaya. 

Jika anda ingin menjadi seperti biasa, buatlah apa yang biasa dilakukan. Jika anda ingin mengubah diri anda, ubahlah apa yang anda laksanakan. Dengan kata lain, demi mengubah buah dalam kehidupan anda, anda mungkin perlu memanjat dahan.

Adakah anda perlu mula menulis sebuah buku, mengajak seseorang untuk janji temu, melancarkan projek, memulakan pelayanan, mula pergi ke gereja, memulakan audio siar, atau sesuatu yang lain? Berdasarkan apa yang Allah pimpin anda untuk lakukan, apakah risiko yang anda perlu ambil?

Bertindak: Beritahu seseorang yang dipercayai tentang risiko yang anda ingin ambil. Kemudian, ambillah langkah yang pertama.

Hari 5Hari 7

Perihal Pelan

Six Steps To Your Best Leadership

Bersedia untuk bertumbuh sebagai pemimpin? Craig Groeschel membentangkan enam langkah alkitabiah yang boleh diambil oleh semua orang untuk menjadi seorang pemimpin yang lebih baik. Mendapat tahu tentang satu disiplin untuk dimulakan, keberanian untuk berhenti, seseorang untuk diperkasakan, sistem untuk dibina, hubungan untuk dimulakan, dan risiko yang perlu diambil.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Craig Groeschel dan Life.Church kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.craiggroeschel.com/