Pengorbanan TeragungSampel
Easter Setiap Hari
Dia tidak ada di sini. Dia sudah bangkit seperti yang dikatakan-Nya dahulu. —Matius 28:6
Sahabat saya yang bekerja sebagai guru prasekolah, terdengar perbualan yang meriah di kalangan muridnya. Seorang anak yang bernama Maria bertanya: “Siapa cinta Tuhan?” semua anak menjawab, “Saya! Saya! Saya!” Kemudian Billy berkata, “Saya mengasihi Yesus.” Kelly membantah, “Tetapi Dia telah mati.” Billy menjawab lagi, “Ya, tetapi setiap Hari Easter, Dia bangkit semula daripada kematian!”
Jelaslah pemahaman Billy tentang makna Easter masih belum sempurna. Kita tahu bahawa Yesus mati satu kali sahaja untuk selama-lamanya (Roma 6:10; Ibrani 10:12) dan, sudah tentunya, Dia bangkit daripada kematian sekali sahaja. Tiga hari selepas Dia membayar akibat dosa kita pada kayu salib, Yesus yang tidak berdosa menguasai maut dengan bangkit daripada kubur, dan mematahkan kuasa dosa. Pengorbanan terakhir inilah yang membuka satu-satunya jalan bagi kita untuk mempunyai hubungan dengan Tuhan serta kekal tinggal di rumah bersama Dia.
“Kristus mati kerana dosa kita … Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula” (1 Korintus 15:3-4). Dia sudah berjanji bahawa Dia sedang menyediakan tempat untuk kita (Yohanes 14:1-4), dan Dia pasti akan kembali. Kita akan bersama-sama dengan Penyelamat yang hidup pada suatu hari nanti.
Itulah sebabnya pada hari Easter setiap tahun—sebenarnya, setiap hari sepanjang tahun—kita mempunyai sebab untuk merayakan kebangkitan Penyelamat kita. “Aku akan sentiasa bersyukur kepada TUHAN; aku tidak akan berhenti memuji Dia” (Mazmur 34:2). —Cindy Hess Kasper
Hidup, Dia mengasihi aku;
Mati, Dia menyelamatkan aku;
Dikuburkan, Dia menghapus dosa aku;
Bangkit, Dia membebaskan kita selamanya:
Dia pasti kembali lagi, pada suatu hari mulia! —Chapman
Kebangkitan Kristus adalah sebabnya kita merayakan Hari Easter.
Kitab
Perihal Pelan
Betul-Betul Mengagumkan: KEBENARAN YANG PALING AJAIB—HANYA DENGAN BERFIKIR BAHAWA YESUS MENGASIHIKU. Ikuti rancangan pembacaan 5 hari, sempena Hari Paska dan Hari Easter 2019. Mari kita merenungkan Pengorbanan Teragung itu dan naikkanlah ucapan syukur kita kepada-Nya.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Our Daily Bread Ministries untuk menyediakan rancangan ini. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: https://pedomanharian.org