Info Pelan

Pelayanan KecemerlanganSampel

The Ministry Of Excellence

HARI 3 DARIPADA 3

Kesederhanaan: Kegagalan Kasih

Semasa Yesus ditanya tentang perintah yang terutama, Dia menjawab, "Kasihilah Tuhan Allahmu...dan...Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri." Seperti yang dibincangkan semalam, kerja yang cemerlang ialah satu cara kita memenuhi perintah Yesus untuk mengasihi Allah dengan menyatakan sifat cemerlang-Nya kepada orang di sekeliling kita. Hari ini, kita akan melihat bahawa kecemerlangan juga diperlukan untuk mematuhi perintah yang kedua itu dalam kerja kita.

Sebagai orang Kristian, kita tidak boleh mengatakan kita berusaha untuk mengasihi orang lain seperti kita mengasihi diri sendiri kemudian melakukan kerja kita dengan sederhana. Fikirlah tentang contoh ekstrem seorang doktor Kristian. Sementara doktor itu berdoa untuk pesakitnya, berkongsi injil dengan rakan sekerjanya, dan menderma kepada gerejanya, bentuk pelayanannya yang paling biasa ialah menjadi seorang doktor yang cemerlang. Jika ia ialah pekerja perubatan yang sederhana, hidup pesakitnya mungkin dalam risiko. Tanggungjawab pertama doktor itu dalam kerjanya seharusnya pelayanan kecemerlangan—melayani pesakitnya sebaik mungkin, memberikan mereka tahap penjagaan yang sama dengan tahap penjagaannya terhadap diri sendiri dan keluarganya.

Sekarang ini, bagi kebanyakan daripada kita, kemahiran relatif kerja kita bukanlah hal hidup dan mati. Walau bagaimanapun, kita berpeluang untuk mentaati perintah Yesus untuk mengasihi sesama manusia seperti kita mengasihi diri dengan memilih untuk melakukan kerja yang cemerlang dan melewati standard minimum yang dikehendaki oleh kerja kita. Saya suka apa yang dikatakan oleh Matt Perman tentang topik ini: "Kerja malas bagaikan vandalisme kerana tindakan ini menyusahkan hidup orang lain—seperti vandalisme. Orang Kristian seharusnya menjadi bertentangan daripada pelaku musnah dan pemalas dalam kerja mereka. Kita harus melakukan kerja yang betul-betul memanfaatkan orang lain dengan melakukan lebih daripada yang diharapkan dan bukannya kerja minimum yang perlu. Sebenarnya kecemerlangan dalam kerja kita ialah sebentuk kemurahan hati dan kasih, dan kualiti rendah ialah sebentuk sifat kedekut dan sifat mementingkan diri. Kerja yang buruk bukanlah kerja yang buruk sahaja; itu ialah kegagalan kasih.”

Sebagai orang Kristian, kita tidak harus melakukan secukupnya sahaja dalam kerja kita untuk mendapat gaji. Jika kita mempercayai bahawa kerja kita ialah panggilan daripada Allah, kita akan "melakukan semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah anda melakukannya untuk Tuhan" (Kolose 3:23), berusaha untuk memuliakan Allah dan mengasihi orang lain dengan menjadi doktor, usahawan, guru, seniman, tukang kayu, dan eksekutif yang paling bertumpuan dan cemerlang mungkin. Kecemerlangan dalam kerja kita bukanlah sumber untuk keuntungan peribadi sahaja. Kecemerlangan merupakan bentuk pelayanan yang paling asas dalam kerja kita. Biarlah kebenaran ini menggalakkan anda untuk menumpukan perhatian pada pengejaran kepakaran seni anda, menjadi versi diri sendiri yang paling luar biasa demi kemuliaan Allah dan kepentingan orang lain!

Jika anda suka pelan ini, anda akan menyukai renungan mingguan saya, yang menolong anda menghubungkan injil dengan kerja anda dengan lebih mendalam. Daftar di sini.

Hari 2

Perihal Pelan

The Ministry Of Excellence

Terdapat banyak sebab untuk mengejar kecemerlangan dalam kerja kita: Kecemerlangan memajukan kerjaya kita, memberikan kita pengaruh, dan boleh membawa kepada peluang berkongsi injil. Namun, seperti yang akan ditunjukkan ...

More

Kami berterima kasih kepada Jordan Raynor kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.jordanraynor.com/excellence

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami