Kepada Ketagihan...Sampel

Dear Addiction...

HARI 2 DARIPADA 5

  

 

Hari 2: Masa yang Menggembirakan

Kami berseronok-seronok, bukan?

Kebanyakan daripada kita yang semakin pulih daripada ketagihan mempunyai kenangan yang baik tentang hidup kita semasa ketagihan. Ini adalah betul tentang mana-mana musim kehidupan—sudah tentu, ada beberapa kenangan yang baik pada mana-mana tempoh yang dikenang. 

Walau bagaimanapun, mengejar kenangan tersebut, masa yang menggembirakan itu, dan khayal pertama itu nyata sekali membantutkan perkembangan peribadi kita. Paulus menyatakannya dengan baik dalam 1 Korintus 13:11, Semasa aku masih kanak-kanak, aku bercakap, bersikap, dan berfikir seperti kanak-kanak. Tetapi sekarang setelah dewasa, aku tidak lagi berkelakuan seperti kanak-kanak.

Kita tidak dimaksudkan untuk kekal di satu peringkat hidup untuk selama-lamanya. Bagi kami yang semakin pulih, memanglah penting untuk mengikuti garis panduan langkah pemulihan, berusaha untuk pemulihan yang mulia daripada sisa-sisa kehancuran kita yang berkenaan, dan memandang ke hadapan dari segi pemulihan kita. Mengamalkan penetapan minda yang tidak memandang masa silam kita sehingga masa dan tempat yang sesuai serta menghadapi masa sekarang adalah penting, terutamanya pada peringkat awal pemulihan. 

Ingatlah, kita boleh sentiasa menyerahkan masa depan kita yang tidak diketahui kepada Allah yang diketahui. Dia memberitahu kita dalam Yeremia 29:11, ’Aku sendiri tahu akan rancangan-Ku untuk kamu. Rancangan itu bukan untuk mencelakakan kamu, tetapi untuk kemakmuran kamu dan untuk memberikan masa depan yang kamu harap-harapkan.’ Ini bukanlah kata-kata yang baik, atau dorongan yang positif sahaja—ini ialah perisytiharan daripada Pencipta. 

“Hari Ini Saja (Just for Today)” ialah tema berulang dalam proses pemulihan kita. Jika anda meletakkan satu kaki pada semalam, dan satu lagi kaki pada esok, anda tidak akan memiliki pelaburan pada masa sekarang ini. Ini hari yang dijadikan oleh Tuhan dan Dia mengetahui, mungkin anda sedang membina kenangan sepanjang hayat yang diusahakan oleh semua orang!

   

Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Dear Addiction...

"Kepada Ketagihan..." merupakan pelan bacaan 5 hari yang menyelami kitaran ketagihan daripada sudut pandangan alkitabiah. Firman memberikan banyak wawasan dan kuasa tentang pergelutan kita, kami berdoa agar renungan ini menghiburkan anda dan memberikan anda ilham sepanjang proses pemulihan anda!

More

Kami berterima kasih kepada George dan Meredith Shafer, pengasas bersama STORM Inc. kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://www.storminc.org

Pelan yang Berkaitan