Berdoa Untuk Gajah Anda - Mengucapkan Doa yang BeraniSampel
Kuasa Nuklear Abadi Doa yang Rohani
Iblis tidak berupaya menahan doa. Doa bersifat nuklear dari segi rohani; ia merupakan bahan mentah Allah dan umat-Nya. Doa terletak di luar pengaruh Iblis. Dia tidak berkuasa meledingkan atau mempengaruhi trajektori doa kepada takhta Allah selepas ia diucapkan. Sebaik sahaja doa dilepaskan, ia terlambung-lambung dalam keabadian untuk selama-lamanya, terbakar di hadapan takhta Allah seperti kemenyan.
Inilah sebabnya mengapa doa adalah amat bahaya dari segi rohani kepada Iblis. Ia menggantikan batasan dunia fana. Doa tidak lupuk dik zaman. Ia tidak terbatas dan tiada garis sempadan. Doa memiliki potensi yang sebesar-besarnya. Perkara terbaik yang dapat diharapkan Iblis adalah agar anda tidak berdoa. Sebahagian besar strateginya adalah menghalang anda daripada berdoa, kerana doa yang tidak pernah diucapkan tidak berpeluang akan dijawab.
Kitab
Perihal Pelan
Membenam dalam pengembaraan kehidupan yang dipenuhi doa. Sertai Pastor Adam Stadtmiller dalam perjalanan mempelajari cara berdoa untuk perkara yang besar – gajah anda – sementara semakin intim dengan Allah. Pelan tujuh hari ini adalah pengenalan kepada Praying for Your Elephants.
More