Penyembahan yang SejatiSampel
Penyembahan yang Sejati
oleh
Rocky Fleming
Hari Kelima – Kesatuan
Apabila kita membaca Alkitab dan memahami cerita Injil daripada Kejadian hingga Wahyu, kita akan melihat bahawa ia adalah tentang mengidentifikasikan diri dengan umat atau keluarga Allah, dan kerja-Nya adalah membuka jalan supaya ini dapat berlaku. Yesus sendiri berkata bahawa Dialah jalan dan satu-satunya jalan untuk mengenal Bapa. Dialah Injil. Saya tepat sekali apabila mengatakan bahawa Injil bermula dalam Perjanjian Lama, kerana "Janji" Injil, adalah kedatangan Yesus, dan itu memang dinubuatkan sejak awal lagi. Penggenapan "Janji" ini berlaku kemudian apabila Yesus datang. Walau bagaimanapun, "Berita Baik" tujuan-Nya dan kehidupan-Nya telah diumumkan ratusan tahun sebelum kelahiran-Nya. Hujah saya adalah Allah sentiasa inginkan persekutuan dengan keluarga-Nya. Memanglah tema Injil bahawa oleh kasih kurnia-Nya Dia membuka jalan untuk kita demi memungkinkan ini.
Yesus menggunakan pokok anggur dan carang untuk menegaskan ini apabila Dia berkata bahawa Dia mahu kita tetap bersama-Nya dan Dia pun tetap bersama kita. Ini adalah gambaran paling rapat antara kita dan Dia. Kita seolah-olah tumbuh dari sisi-Nya. Ia adalah gambaran kesatuan, keintiman, dan kebergantungan. Apabila kita betul-betul menyembah Kristus kita yang telah bangkit, kita memasuki kesatuan dengan Allah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya tidak akan cuba menggambarkannya. Namun, kita dibawa ke balairung seri-Nya dan hadirat-Nya, dan bukannya membawa-Nya turun ke bentuk, perspektif dan batasan kita melalui usaha diri. Inilah sebabnya saya sering berkata bahawa bentuk tidaklah penting. Hal yang penting adalah penyembahan kita bersifat suci, dan bahawa kita berhubungan dengan Penyelamat kita secara rapat-rapat.
Yesus membangunkan murid-murid-Nya untuk menjadi lelaki dan perempuan yang layak memakai nama-Nya. Oleh itu, Dia mendisiplinkan dan memangkas kita. Dia memikirkan lelaki atau perempuan yang boleh melayani-Nya dengan lebih baik dengan menjadi lebih rapat dengan-Nya dan kemudiannya menyerap sifat-Nya. Disiplin dan cantasan-Nya direka bentuk untuk menghasilkan orang seperti itu, dengan merapatkan lagi kita dengan-Nya. Ketika itulah perubahan hidup berlaku. Di tengah-tengah pengalaman kesatuan intim dengan-Nya ini, adalah penyembahan-Nya yang mudah tetapi suci yang melihat-Nya yang seada-Nya. Sesudah itu, kita boleh betul-betul menyembah-Nya dalam kebenaran. Saya meminta anda untuk berhenti sejenak pada masa ini dan menyembah Raja anda, kerana Dia sedang mendengar anda.
Kitab
Perihal Pelan
Penyembahan bukanlah kebaktian pagi Ahad atau malam Rabu atau waktu kita berkumpul dengan orang percaya yang lain sahaja. Allah menjemput kita untuk hidup yang penuh penyembahan. Sertai kami untuk penerokaan maksud betul-betul menyembah Allah dan bagaimana melakukannya. Anda akan memuji Allah pada akhir pelan ini.
More