Menantikanmu di Sini, Satu Perjalanan Pengharapan AdvenSampel

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

HARI 7 DARIPADA 7

KERENDAHAN HATI SESUAI DENGAN SEMUA ORANG

RENUNGAN

Yesus ialah Raja Segala Raja, namun, Dia datang sebagai hamba yang rendah hati. Kerendahan hati bukan memikirkan anda adalah serba kekurangan, ia adalah tidak melupakan kenyataan bahawa Yesuslah yang telah menjadikan anda lebih baik. Jadi, bagaimanakah anda menjadi seperti Yesus? Bagaimanakah anda membina semangat rendah hati?

Kerendahan hati adalah hasil sampingan menjadi seperti Yesus. Sesiapa yang berjalan intim dengan-Nya tidak akan fikir lebih tinggi tentang dirinya daripada yang sepatutnya. Dikasihi Yesus dan dijemput untuk berhubungan bersama-Nya, adalah apa yang kita perlukan untuk mensaizkan diri secara wajar dan untuk mengambil kelembutan dan kasih karunia-Nya.

Menjadi rendah hati tidak bermaksud anda perlu menjadi lemah. Allah telah memberikan anda segala sesuatu yang diperlukan untuk hidup secara yakin sebagai milik-Nya. Orang yang bangga tidak mungkin meninggikan sepenuhnya nama Allah dalam pujian. Walau bagaimanapun, Dia meninggikan orang yang merendahkan diri.

TAFAKUR DAN DOA

Litani Kerendahan Hati Persendirian

Dari keinginan untuk dipuji, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari keinginan untuk dihormati, bebaskanlah aku, Yesus.

Dari keinginan untuk lebih disukai, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari keinginan untuk dimintai nasihat, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari keinginan untuk dihargai, bebaskanlah aku, Yesus.

Dari keinginan untuk keselesaan dan kesenangan, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari ketakutan dihina, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari ketakutan direndahkan, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari ketakutan diabaikan, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari ketakutan dilupakan, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari ketakutan akan kesepian, bebaskanlah aku, Yesus.

Dari ketakutan dilukai, bebaskanlah aku, Yesus.
Dari ketakutan akan penderitaan, bebaskanlah aku, Yesus.

Yesus, berilah aku rahmat untuk berharap
supaya orang lain lebih dicintai daripada aku.
Supaya mereka dipakai dan aku dikesampingkan.
Supaya mereka mendapat pujian dan aku diabaikan.

Ya Yesus, yang lembut dan rendah hati, jadikanlah hati aku seperti hati-Mu.
Ya Yesus, yang lembut dan rendah hati, kuatkan aku dengan Roh-Mu.
Ya Yesus, yang lembut dan rendah hati, ajarlah aku jalan-Mu.

Ya Yesus, yang lembut dan rendah hati,
tolonglah aku untuk melupakan kepentingan diri aku
untuk mempelajari kerjasama dengan orang lain
yang memungkinkan kewujudan keluarga-Mu Abba. Amin.

 

Diadaptasi daripada doa Rafael,
Kardinal Merry Del Val, 1865–1930

Hari 6

Perihal Pelan

Waiting Here for You, An Advent Journey of Hope

Adven merupakan suatu musim penantian penuh harapan dan penyediaan. Sertai pastor dan pengarang Louie Giglio dalam perjalanan Adven untuk menyedari bahawa menanti tidak sia-sia apabila anda sedang menantikan Tuhan. Ambillah peluang untuk mendedahkan harapan besar yang ditawarkan sepanjang perjalanan Adven ini. Dalam tujuh hari yang akan datang, anda akan menemui kedamaian dan dorongan untuk jiwa anda apabila penantian membawa kepada perayaan!

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Louie Giglio, pengarang Waiting Here for You (Passion Publishing), kerana membekalkan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.passionresources.com