PersahabatanSampel

Friendship

HARI 1 DARIPADA 7

Hanya segelintir orang yang ingin menghabiskan hidup mereka tanpa kawan. Dikatakan bahawa jika anda memiliki lima orang kawan yang karib sepanjang hayat anda, anda harus menganggap diri anda sebagai amat diberkati. Pertimbangkan hal ini. Berapa ramai kawan karib yang anda miliki? Saya tidak bercakap tentang kenalan. Saya bercakap tentang kawan yang mengetahui segala sesuatu tentang anda dan masih mengasihi anda dan begitu juga sebaliknya. Persahabatan sebenar ialah suatu kurnia dan harus dilayan seperti kurnia. Oleh itu, bagaimana kalau anda tidak mempunyai banyak kawan? Firman Allah memberikan nasihat tentang jenis kawan yang harus dimiliki dan jenis orang yang anda harus jadi demi mendapat kawan yang baik. Mempunyai kawan karib ialah perkara yang baik!
Hari 2

Perihal Pelan

Friendship

Allah sering bekerja melalui orang dalam hidup kita. Jadi, siapakah kawan anda? Anda ialah kawan macam mana? Pelan tujuh hari ini akan menunjukkan sifat sebenar persahabatan dan berkat yang diberikan oleh Allah melalui persahabatan.

More

This plan was created by Life.Church.