Menghapuskan KetakutanSampel

Get Rid Of Fear

HARI 2 DARIPADA 3

Apakah yang anda lakukan apabila ketakutan mula menguasai fikiran anda dan membelenggu anda? 

Alkitab mengatakan bahawa penawar terbaik untuk ketakutan dan kebimbangan ialah doa. Rujuklah Filipi 4:6-7 untuk melihat apa yang terlibat dalam doa dan kesan doa terhadap ketakutan anda. Ayat 6 berkata, "Janganlah hendaknya kamu kuatir tentang apapun juga, tetapi nyatakanlah dalam segala hal keinginanmu kepada Allah dalam doa dan permohonan dengan ucapan syukur."

Apabila ketakutan mencengkam anda, mula mengatasi ketakutan itu dengan kebenaran Allah. Allah mengatakan bahawa anda mesti mengalihkan fokus anda kerana siapa atau apa pun yang mengawal fikiran anda, mengawal anda. Allah tidak mahu anda menumpukan perhatian pada fikiran yang menakutkan anda dan dikuasai oleh fikiran tersebut. Sebaliknya, Allah mahu anda menumpukan perhatian pada Dia dan membenarkan Firman serta Roh-Nya untuk menguasai anda. Itulah sebabnya doa adalah begitu penting. Rumusnya adalah mudah. Janganlah takut akan apa pun, tetapi dalam segala hal berdoalah.

Filipi 4:6 menggunakan perkataan yang selalu digunakan untuk doa dan juga perkataan yang lebih khusus, iaitu "permohonan," yang merujuk kepada memohon jawapan bagi keperluan yang khusus. Pada dasarnya, itu bermaksud anda berdoa tentang segala hal, sama ada permintaan anda bersifat umum atau khusus. Jika anda mengalami ketakutan yang tidak putus-putus tetapi tidak dapat mengesan puncanya, serahkannya kepada Tuhan dalam doa—Dia tahu tentangnya. Ataupun, jika anda mempunyai ketakutan khusus yang dapat dilihat dengan jelas dalam fikiran anda, serahkan kepada-Nya juga. Mintalah Dia untuk menolong anda melenyapkan ketakutan itu dan menggantikannya dengan kebenaran-Nya, kemudian bersyukurlah dengan beriman kerana Dia berbuat demikian.

Tuhan yang pengasih, tidakkah dua ekor burung pipit dijual untuk mata wang yang paling kecil? Namun, Engkau mengetahui segala hal yang berlaku kepada burung pipit itu. Engkau juga menghitung semua rambut di kepala saya. Tolonglah saya untuk memberanikan diri dalam kesedaran betapa mendalamnya Engkau mengenali dan mengasihi saya. Ingatkan saya hari ini bahawa saya tidak perlu takut, kerana Engkau berkuasa atas segala hal dan Engkau telah berjanji bahawa Engkau tidak akan meninggalkan atau mengabaikan saya. Terima kasih Tuhan kerana janji-Mu, yang memberikan saya ketenangan. Dalam nama Kristus. Amin.


Hari 1Hari 3

Perihal Pelan

Get Rid Of Fear

Anda boleh mengatasi ketakutan. Dr. Tony Evans membimbing anda ke jalan kebebasan dalam pelan bacaan yang berwawasan ini. Terokai kehidupan yang dipenuhi kegembiraan dan kedamaian yang diidamkan semasa anda menerapkan prinsip yang dikemukakan dalam pelan ini. 

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Harvest House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, layari: http://go.tonyevans.org/addiction