Melepaskan Diri Daripada Pembandingan Renungan 7 Hari Oleh Anna LightSampel
Pada permulaan pelan kami, kami menyedari bahawa pembandingan timbul daripada kekurangan. Kekurangan pemahaman tentang siapa Allah itu, dan siapa kita ini kerana Dia.
Saya yakin ketidakmampuan kita untuk tetap berhubungan dengan-Nya setiap hari disebabkan kita tidak memiliki pemahaman sepenuhnya tentang sifat sebenar-Nya. Dia bukanlah Allah marah yang menyuramkan suasana, memerhatikan kita dari syurga dan menunggu kita untuk membuat silap. Dia tidak menyembunyikan sesuatu daripada kita. Dia tidak mengutuk kita, menilai kita, atau mempunyai emosi negatif terhadap kita. Dia merupakan Allah penyayang yang amat peribadi, yang sedekat denyutan jantung kita.
Dia jugalah lengkap tak terhingga. Dia tidak kekurangan apa-apa. Pekerjaan Yesus di atas salib membenarkan kita untuk memiliki roh Allah yang diam dalam kita. Oleh itu, kita tidak kekurangan apa-apa juga.
Berhubung dengan pembandingan, kita hanya perlu mengingati: setiap orang antara kita merupakan penyataan sifat Allah—satu aspek kewujudan-Nya yang Dia ingin diketahui oleh dunia ini.
Tahukah anda aspek apa yang dinyatakan oleh Tuhan melalui anda?
Adakah anda:
Teratur, Berbelas kasihan, Bertanggungjawab, Kreatif, Berjiwa bebas, Berdisiplin, Baik hati, Lucu, Pintar, Garang, Pendiam, Pendengar yang baik, Pengasah bakat, Suka bersaing, Releks, Penuh perasaan…Dia telah menempatkan satu aspek diri-Nya dalam anda. Allah mempunyai berbagai-bagai aspek! Dia memerlukan seluruh bangsa manusia untuk menyatakan Siapa Dia itu bagi kita!
Menyedari siapa anda ini dan sifat unik yang telah diberikan-Nya kepada anda akan memberikan anda keyakinan untuk melakukan hal yang betul apabila anda rasa macam hendak membuat perbandingan. Tanyalah diri, "Apakah yang ditunjukkan oleh orang ini tentang Allah?"
Melalui apa yang dikongsi oleh mereka melalui media sosial, tanyalah, "Aspek Allah yang manakah dapat dilihat pada orang ini?"
Dalam interaksi anda dengan orang lain, "Apakah yang dinyatakan oleh Allah kepada saya melalui interaksi ini?"
Apabila anda rasa terancam oleh bakat atau kejayaan orang lain, "Bagaimanakah saya boleh meraikan apa yang sedang dilakukan oleh Allah dalam hidup orang ini?"
Apabila anda sudah berkembang dalam identiti anda dan memperoleh keyakinan dalam siapa yang Allah cipta anda untuk jadi, anda bukan sahaja berupaya memikirkan fikiran yang positif malah mengucapkannya dengan kuat. Anda akan berupaya memuji orang lain secara ikhlas untuk membina mereka dan bukannya menawarkan hati mereka atau sendiri melalui pembandingan. Sesungguhnya anda akan menjadi seseorang yang memberikan hidup kepada orang lain!
Apabila anda memandang diri sendiri sebagai suatu aspek yang berharga akan sifat Allah, anda akan mula memandang orang dengan cara yang sama, dan akhirnya, mengatasi jerat pembandingan.
Tuhan, tolonglah saya untuk memandang diri saya sebagaimana Engkau memandang saya. Bukalah mata saya untuk melihat Allah dalam setiap orang yang berhubung dengan saya supaya saya dapat memuliakan-Mu melalui interaksi saya. Saya berdoa agar Engkau menunjukkan kepada saya nilai saya dan aspek unik akan sifat-Mu dalam diri saya ini supaya saya boleh meraikan secara bebas aspek unik yang telah Engkau tempatkan dalam orang lain. Saya tidak mahu membuat perbandingan lagi. Saya ulang, saya tidak akan membandingkan diri saya dengan orang lain lagi, tetapi saya akan memainkan peranan saya untuk meraikan tubuh Kristus supaya tubuh-Mu dibina dan dikuatkan, dalam Nama Yesus, Amin!
Saya berharap anda suka membaca pelan bacaan ini. Untuk sumber lanjut untuk membantu anda membebaskan diri daripada hal yang menahan anda, kunjungi Anna di <
Perihal Pelan
Anda sedar bahawa Allah memberikan anda hidup yang berkelimpahan berbanding dengan kehidupan semasa anda, tetapi malangnya pembandingan menghalang anda daripada maju ke tahap seterusnya. Dalam pelan bacaan ini, Anna Light membongkar wawasan yang akan menghancurkan batas pembandingan terhadap keupayaan anda, dan membantu anda untuk menjalankan kehidupan yang bebas dan berkelimpahan yang telah disediakan oleh Allah bagi anda.
More