KematianSampel

Death

HARI 1 DARIPADA 7

Kematian adalah sebahagian daripada kehidupan. Ramai antara kita pernah mengalami kesedihan dan kepiluan apabila seseorang yang kita kenali meninggalkan kita. Sesetengah kematian adalah lebih mudah dihadapi berbanding yang lain, tetapi tidak kira keadaannya, ia tidaklah pernah sesuatu yang mudah. Banyak soalan yang timbul dalam hati kita apabila kita memikirkan kehilangan orang yang dikasihi. Sesetengah orang menyalahkan Allah dan berasa marah dan yang lain pula mendiamkan diri. Hanya segelintir orang yang mengetahui cara untuk mengendalikan kematian dalam cara yang salih. Syukurlah, Allah ingin menjadi sumber kekuatan dan penghiburan kita pada masa ini. Lihatlah hati Allah terhadap anda semasa anda menghadapi hati yang hancur.
Hari 2

Perihal Pelan

Death

Kematian adalah sesuatu yang akan dihadapi oleh setiap orang sepanjang hayat mereka. Banyak soalan yang timbul dan boleh mengejutkan kita. Pelan selama tujuh hari ini akan memberikan anda pandangan sepintas lalu tentang apa yang dikatakan oleh Alkitab tentang menemui kekuatan dan penghiburan semasa berhadapan dengan kematian kita.

More

This plan was created by Life.Church