Berdoa Untuk IsraelSampel

Berdoa untuk Israel: Kumpulan Orang
Setiap masyarakat merangkumi kumpulan orang yang disatukan oleh satu persamaan. Berikut adalah beberapa kumpulan orang di Israel yang boleh didoakan:
Pemandiri Holocaust Generasi pemandiri Holocaust semakin berkurang setiap hari. Sebilangan besar daripada pemandiri tua ini hidup di bawah garis kemiskinan di Israel dan bergumul dengan kesepian. Berdoalah agar keperluan mereka dapat dipenuhi – secara fizikal, emosi dan rohani. Berdoa agar Allah mencelikkan mereka tentang Yeshua Mesias (Yesus) dan agar mereka akan menerima Dia secara beriman.
Imigran Allah menyatakan bahawa Dia akan mengumpulkan umat-Nya kembali ke Israel. Orang Yahudi di seluruh dunia ingin "menganjurkan Aliyah” atau berimigrasi ke Israel. Banyak orang telah berpindah dari Etiopia, India, Rusia dan negara lain. Namun, setelah di sana, kehidupan tidak selalunya mudah. Perbezaan bahasa, pendidikan dan kemahiran sering menjadi cabaran. Berdoa untuk populasi imigran Israel untuk mengasimilasi dan berkembang. Berdoa juga agar mereka akan mendengar Berita Baik dan mempercayai Yeshua.
Orang Percaya Mesias (Messianic Believers) Israel mempunyai ratusan orang Yahudi Mesias yang berharap saudara dan saudari Yahudi mereka akan mempercayai Yesus, Mesias Yahudi. Berdoa untuk orang percaya ini, dan agar Allah menggunakan mereka untuk menyatakan kasih-Nya serta Berita Baik kepada orang di sekiling mereka.
Kitab
Perihal Pelan

70 tahun yang lalu, negara Israel mengisytiharkan kemerdekaannya. Kelahiran demokrasi baru negara kecil yang tidak disangka-sangka ini menunjukkan satu mukjizat yang besar dan penggenapan nubuatan alkitabiah yang besar. Alkitab memberitahu kita bahawa kita harus berdoa untuk kedamaian Yerusalem. Berikut adalah beberapa cara anda boleh berdoa:
More