Kes Untuk Kebangkitan KristusSampel

Asas Alkitabiah Tentang Kebangkitan
Menurut Alkitab, seluruh kebenaran tentang keKristianan dan Kristus, bergantung pada kebangkitan jasmani Kristus semata-mata. Sehingga Rasul Paulus berdebat semasa menulis kepada Jemaat di Korintus, "Jika Kristus tidak dibangkitkan daripada kematian, maka berita yang kami khabarkan dan kepercayaan kamu kepada Kristus sia-sia belaka" (1 Kor 15:14). Dengan kata lain, Paulus membayangkan jika Dia tidak bangkit maka keKristianan adalah palsu sepenuhnya! Walau bagaimanapun, jika Dia bangkit, maka peristiwa itu adalah sangat penting dalam sejarah. Dr. Gary R. Habermas, salah seorang pakar yang terkemuka berkaitan dengan bukti kebangkitan Yesus, memberikan tiga jalan fikiran tentang asas Alkitab seperti berikut:
- Bukti Alkitab berkaitan dengan asas 1 Korintus 15: Dua ciri yang penting tentang 1 Korintus 15 perlu disebut berhubung dengan buktinya tentang 'kemunculan pasca-kebangkitan Yesus' (1 Kor 15:4-8). Pertama, adalah satu kenyataan bahawa ini merupakan "laporan terawal" yang tersedia berkenaan kebangkitan, lebih awal daripada injil. Kedua, ini merupakan keterangan "Saksi". Sebenarnya, Paulus merekodkan catatan ini pada 54-57 TM, iaitu, kira-kira 25 tahun selepas penyaliban Kristus. Tempoh yang pendek antara peristiwa yang berlaku dan penulisannya menunjukkan kebolehpercayaan "laporan saksi" tersebut kerana ini mengesampingkan kemungkinan pencemaran laporan oleh mana-mana legenda. Tambahan lagi, sekarang ini kita mempercayai keterangan saksi bagi peristiwa yang berlaku lebih lama daripada tempoh itu.
- Kebolehpercayaan kesaksian Rasul Paulus: Dua fakta penting tentang Rasul Paulus menunjukkan kesahan atau kebolehpercayaannya. Pertama, pertaubatan Paulus dipercayai telah berlaku dalam tempoh satu hingga dua tahun selepas penyaliban Kristus. Tambahan lagi, tempoh yang agak pendek antara peristiwa sebenar itu (iaitu, kebangkitan Kristus) dan penulisannya tentang peristiwa itu adalah penting apabila kita mempertimbangkan 'sejarah purba'. Kedua, kita perlu mengingati bahawa Paulus tidak bercakap tentang orang yang berbeza yang merupakan saksi tetapi ia sendiri merupakan saksi Kristus yang telah bangkit (1 Kor 15:8). Bukti ini menjadi lebih penting lagi apabila kita mempertimbangkan kenyataan bahawa Paulus yang dahulunya dikenali sebagai Saulus ialah seorang 'pewaham' yang bukan sahaja meragui kebenaran keKristianan malah menganiayai pengikut keKristianan dengan keras.
- Kebolehpercayaan keterangan saksi di kalangan murid: Kenyataan bahawa murid betul-betul diubah sehinggakan sanggup bersaksi meskipun menghadapi risiko dibunuh. Seseorang pernah menulis, "Kita mungkin sanggup mati demi apa yang dipercayai adalah benar, tetapi kita tidak mungkin mati demi apa yang kita sedar adalah palsu".
Tiga sebab ini, apabila digabungkan membentuk asas alkitabiah yang kuat yang boleh membantu kita mencapai kesimpulan bahawa Yesus Kristus memang bangkit daripada kematian.
Kitab
Perihal Pelan

Pelan ini bertujuan membekalkan bukti dan hujah konkrit yang menyokong kebangkitan Kristus. Hujah ini disesuaikan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh golongan pewaham, pengkritik dan pencari. Walau bagaimanapun, saya percaya hujah ini juga amat berguna bagi orang percaya.
More
Pelan yang Berkaitan

Terpilih - Mendedahkan Wanita dalam Kristus

Serahkanlah Segala Kekhuatiran Kamu

Bangkitlah dan Bersinarlah

Mengasihi dan Terus Mengasihi

Semua Yang Jerih Lelah: Allah Menyertai Saya

Benih: Apa dan Mengapa

Anthem:Kasih Kurnia dalam Cerita Hidup Anda

Menyerahkan Usaha Anda kepada Tuhan

Apakah Tujuan Saya? Belajar Mengasihi Allah dan Mengasihi Orang Lain
