Udara yang Saya HirupSampel

The Air I Breathe

HARI 3 DARIPADA 5

Allah yang Ingin Dikenali

Dalam kitab Kisah Para Rasul (gambaran keseluruhan sejarah gereja Kristian awal) Perjanjian Baru, kita melihat watak utamanya, Paulus, memasuki kota Atena untuk memberitakan injil.

Di tengah-tengah pusat intelek dunia yang terkenal ini, Paulus menjumpai banyak allah berhala dengan pelbagai nama dan keterangan. Walau bagaimanapun, inskripsi pada satu mazbah menarik perhatiannya. Ia berbunyi: "KEPADA ALLAH YANG TIDAK DIKENAL.”

Walaupun dengan pelbagai berhala, gergasi cendekiawan di sini mahu mencakupi semua kemungkinan, memastikan bahawa semua allah gembira sekiranya ada sesuatu, atau seorang, lagi.

Apabila Paulus bercakap dengan orang Atena, dia berterus terang.

Dia berkata, “Saya melihat bahawa dalam segala hal, saudara-saudara sangat menghormati dewa-dewa. Pada masa saya menjelajahi bandar dan melihat tempat ibadat saudara semua, saya menjumpai sebuah mazbah yang bertuliskan, ‘Kepada Allah Yang Tidak Dikenal’. Sebenarnya, Allah yang saudara-saudara sembah tetapi tidak saudara-saudara kenal, Dialah yang sekarang saya beritakan kepada saudara semua.” (Lihat Kisah Para Rasul 17:15-34.)

Seperti pada zaman Paulus, orang di merata-rata tempat masih mencari, masih tertanya-tanya sama ada wujudnya Allah yang mereka boleh kenali.

Sememangnya ada. Allah sentiasa mencari anda. Setiap matahari terbenam. Setiap awan biru. Setiap ombak laut. Dia meliputi setiap hari yang baru dengan jemputan "Aku ada di sini."

Tidak terduga bahawa ia terbuka kepada semua orang. Namun, langit yang berwarna dan bumi yang berputar tidak mencukupi untuk mengisahkan cerita-Nya. Wajah Allah tidak diketahui dengan jelas sehinggalah Anak-Nya muncul—Allah yang mencari, muncul sebagai manusia.

Bagi kita, bersedia atau tidak, Yesus telah datang. Bagi kita, layak atau tidak, Dia telah muncul. Terima atau tidak, kita menemui kesan tapak kaki-Nya pada tanah Palestin.

Allah mahu anda untuk mengenali-Nya.

Mencari Dia tidak seperti mencari jarum dalam timbunan rumput kering teologi. Dia tidak bersembunyi. Dia bukanlah kuasa misteri atau gagasan falsafah yang sukar difahami atau dicapai.

Sebenarnya, hal yang bertentangan adalah benar. Anak-Nya muncul sebagai manusia. Yesus berjalan di depan khalayak ramai supaya sesiapa yang mencari Allah dapat menemukan jalan kepada-Nya.

Allah mahu anda untuk menyedari bahawa anda adalah bahan kasih sayang-Nya, dicipta menurut gambar-Nya, dicipta oleh dan untuk Dia. Dia mahu anda untuk mengetahui bahawa Allah yang Tidak Dikenal mempunyai nama. Dia mahu anda untuk mengetahui bahawa keinginan luar biasa untuk menyembah yang berakar umbi dalam hati anda dibentuk untuk-Nya.

Hari ini, dari segi apakah anda melihat Allah mencari anda?

  

Hari 2Hari 4

Perihal Pelan

The Air I Breathe

Renungan YouVersion 5 hari daripada Louie Giglio. Tahukah anda bahawa anda dicipta untuk menyembah? Sama ada anda menyembah Allah atau wang atau hubungan, anda sedang menyembah sesuatu atau seseorang setiap hari. Persoalannya, adakah penyembahan anda ditujukan kepada perkara yang paling penting? Jika Allah seperti apa yang Dia katakan tentang diri-Nya, hanya Dia dapat memuaskan jiwa anda. Renungan ini adalah satu jemputan untuk memberikan respons terhadap Allah yang sangat mengasihi anda sehinggakan Dia menjemput anda untuk menyembah-Nya.

More

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada WaterBrook Multnomah kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: https://waterbrookmultnomah.com/