Oswald Chambers: Kedamaian - Kehidupan dalam RohSampel
Apabila oleh pimpinan disiplin ilahi-Nya, kita mengenal-Nya, dan hadirat-Nya memberi kita Rehat, maka, Masa dan Keabadian akan disatukan dan hilang dalam hubungan luar biasa yang penting ini. Kesatuan ini bukanlah renungan yang mistik, tetapi suatu penyempurnaan aktiviti yang gigih, bukan Rehat ketenangan yang statik, tetapi Rehat gerakan yang sempurna.
Jiwa manusia adalah sungguh bermisteri sehinggakan pada waktu tragedi yang besar, kita akan berhadapan dengan perkara yang tidak pernah diendahkan sebelum ini. Pada waktu tenang, berapa ramai antara kita yang mengambil kisah tentang keadaan hati seseorang terhadap Allah? Namun, perkara inilah yang menghasilkan kepedihan dalam hati Allah, bukan peperangan dan kemusnahan yang menyedihkan kita.
Soalan Renungan: Bagaimana "rehat gerakan yang sempurna" berbeza daripada "ketenangan yang statik"? Dari segi apakah kedamaian sosial dan politik itu musuh kedamaian dengan Allah?
Petikan daripada Christian Discipline, © Discovery House Publishers

Kitab
Perihal Pelan
Kedamaian: Kehidupan dalam Roh merupakan khazanah petikan yang memberikan ilham daripada karya Oswald Chambers, penulis renungan yang paling dikasihi di seluruh dunia dan pengarang My Utmost for His Highest. Menemukan kedamaian dalam Allah dan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam tentang kepentingan kedamaian Allah dalam kehidupan anda.
More
Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Discovery House Publishers kerana menyediakan pelan ini. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.utmost.org