KIDUNG AGUNG 3:6-11
KIDUNG AGUNG 3:6-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Apakah yang datang dari padang gurun, seperti kepulan asap? Harumnya seperti kemenyan dan mur yang dijual oleh pedagang. Lihat, itu tandu Raja Salomo, dikelilingi enam puluh orang askar, pahlawan-pahlawan terbaik di Israel. Semuanya handal menggunakan pedang, dan berpengalaman dalam perang. Masing-masing bersenjatakan pedang, siap menghadapi serangan pada waktu malam. Raja Salomo membuat sebuah tandu bagi dirinya daripada kayu yang paling bermutu. Tiangnya dibuat daripada perak, dan sandarannya daripada emas. Tempat duduknya beralas kain berwarna ungu, yang disulam dengan senang hati oleh puteri-puteri Yerusalem. Keluarlah, hai puteri-puteri Sion, lihatlah Raja Salomo. Baginda memakai mahkota yang dipasang bondanya, pada hari pernikahan baginda, pada hari baginda bersukacita.
KIDUNG AGUNG 3:6-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Siapakah itu, yang muncul dari gurun bagaikan tiang asap, bak ombak yang harum dengan damar wangi dan kemenyan, daripada pelbagai serbuk wangian para pedagang? Lihat, itu tandu Salomo! Enam puluh orang kesateria mengelilinginya, daripada kalangan kesateria Israel. Semuanya lengkap dengan pedang, dan siap terlatih ilmu peperangan. Masing-masing dengan pedang di pinggang, siap menghadapi ancaman kengerian malam. Raja Salomo membuat tandu peribadinya daripada kayu Lebanon. Dengan tiang-tiangnya daripada perak, penyandarnya daripada emas, dan tempat duduknya daripada kain ungu. Bahagian dalamnya ditatah dengan kasih para puteri Yerusalem. Wahai para puteri Sion, keluarlah dan pandanglah Raja Salomo dengan taj yang dimahkotakan oleh bondanya pada hari pernikahannya, pada hari kesukaan hatinya.