Siapakah itu, yang muncul dari gurun bagaikan tiang asap, bak ombak yang harum dengan damar wangi dan kemenyan, daripada pelbagai serbuk wangian para pedagang? Lihat, itu tandu Salomo! Enam puluh orang kesateria mengelilinginya, daripada kalangan kesateria Israel. Semuanya lengkap dengan pedang, dan siap terlatih ilmu peperangan. Masing-masing dengan pedang di pinggang, siap menghadapi ancaman kengerian malam. Raja Salomo membuat tandu peribadinya daripada kayu Lebanon. Dengan tiang-tiangnya daripada perak, penyandarnya daripada emas, dan tempat duduknya daripada kain ungu. Bahagian dalamnya ditatah dengan kasih para puteri Yerusalem. Wahai para puteri Sion, keluarlah dan pandanglah Raja Salomo dengan taj yang dimahkotakan oleh bondanya pada hari pernikahannya, pada hari kesukaan hatinya.
Baca Kidung Agung 3
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Kidung Agung 3:6-11
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video