ROMA 9:14-24

ROMA 9:14-24 Alkitab Berita Baik (BM)

Jika demikian, bolehkah kita katakan bahawa Allah tidak adil? Tentu tidak boleh! Allah berfirman kepada Musa, “Aku akan merahmati orang yang hendak Aku rahmati, dan Aku akan mengasihani orang yang hendak Aku kasihani.” Oleh itu, keputusan Allah tidak bergantung kepada kehendak atau perbuatan manusia, tetapi hanya kepada belas kasihan Allah. Hal itu demikian, kerana di dalam Alkitab tertulis, “Allah berfirman kepada raja Mesir, ‘Untuk maksud ini Aku melantik engkau menjadi raja, supaya melalui engkau, Aku menyatakan kekuasaan-Ku dan memasyhurkan nama-Ku di seluruh dunia.’ ” Oleh itu, Allah berbelas kasihan kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah menjadikan orang berkeras kepala jika Dia berkehendak demikian. Lalu kamu akan bertanya kepadaku, “Jika demikian mengapa Allah mahu menyalahkan manusia? Siapa dapat melawan kehendak Allah?” Tetapi saudaraku, siapakah kamu sehingga berani menyoal Allah? Bolehkah periuk tanah bertanya kepada yang membuatnya, “Mengapa aku dibuat begini?” Bukankah orang yang membuat periuk berhak menggunakan tanah liat itu sekehendak hatinya? Dengan segumpal tanah liat, dia boleh membuat dua buah periuk: yang satu untuk kegunaan khas dan yang satu lagi untuk kegunaan sehari-hari. Begitu juga halnya dengan apa yang dilakukan oleh Allah. Dia ingin menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kekuasaan-Nya. Tetapi Allah sangat sabar terhadap mereka yang menjadi sasaran kemurkaan-Nya, iaitu mereka yang akan dimusnahkan. Allah juga ingin menyatakan kebahagiaan berlimpah-limpah, yang dicurahkan-Nya kepada kita yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya. Kita sudah disiapkan oleh-Nya untuk menerima kebahagiaan itu. Kita ini orang yang sudah dipanggil-Nya, dan kita terdiri daripada orang Yahudi dan bukan Yahudi.

ROMA 9:14-24 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)

Apatah kŭlak yang handak kita katakan, adakah lalim kapada Allah? Dijauhkan Allah. Kŭrna Tuhan tŭlah bŭrfŭrman kapada Musa, Bahwa aku handak mŭngurniakan rahmatku atas orang yang handak kukurniakan, dan aku handak mŭngasihani atas orang yang aku handak kasihankan. Sŭbab itulah bahwa bukannya deripada orang yang bŭrkahandak, atau bukannya deripada orang mŭngŭjar, mŭlainkan deripada Allah juga yang mŭngunjokkan rahmat itu. Kŭrna fŭrman Allah dalam kitab kapada Firaun, katanya, Maka deri sŭbab inilah juga aku tŭlah mŭmbangkitkan angkau, iya itu supaya aku dapat mŭnyatakan kwasaku dalammu, dan supaya namaku dapat dimashorkan atas sagala muka bumi. Sŭbab itu maka Allah tŭlah mŭngunjokkan rahmatnya kapada barang siapa yang dikahandakinya, dan iya mŭngŭraskan barang siapa yang dikahandakinya. Adapun angkau nanti bŭrkata pula kapadaku, Mŭngapakah Tuhan lagi mŭnchari salah, kŭrna siapakah yang tŭlah mŭlawan kahandaknya itu? Bukan, tapi hie manusia, siapakah angkau yang bŭrkata kata mŭlawan Allah? Maka dapatkah barang yang dijadikan itu bŭrkata kapada yang mŭnjadikan itu, Mŭngapakah angkau mŭmbuatkan aku dŭmkian ini? Maka bukankah tukang priok itu bŭrkwasa atas tanah liat itu, akan mŭmbuat deri sa’gumpal tanah juga suatu bŭkas kapada yang mulia, dan yang lain itu kapada yang hina? Maka jikalau Allah handak mŭngunjokkan morkanya, sŭrta mŭmashorkan kwasanya, tŭlah mŭnahani dŭngan banyak sabarnya akan bŭkas bŭkas morkanya yang tŭlah sŭdia akan dibinasakan: Dan lagi supaya iya mŭmashorkan kŭkayaan kŭmuliaannya atas bŭkas bŭkas rahmat itu yang tŭlah disŭdiakannya deri dahulu bagie kŭmuliaan. Mŭski pun kita yang tŭlah dipilehnya, bukannya orang Yahudi sahja, mŭlainkan orang orang sŭsat pun.

ROMA 9:14-24 Alkitab Versi Borneo (AVB)

Jadi, apa yang akan kita katakan? Adakah Allah tidak adil? Sama sekali tidak! Kerana Dia telah berkata kepada Musa, “Aku akan mengasihani sesiapa yang Kukasihani. Dan Aku akan berbelas kasihan kepada sesiapa yang Kubelaskasihi.” Oleh itu, hal demikian bergantung bukan kepada keinginan atau usaha manusia tetapi kepada belas kasihan Allah. Kerana Kitab Suci berkata kepada Firaun: Aku telah mengangkatmu untuk tujuan ini, iaitu menunjukkan kekuasaan-Ku melaluimu dan supaya nama-Ku termasyhur di seluruh bumi. Dengan demikian Allah mengasihani sesiapa yang hendak dikasihani-Nya, dan mengeraskan hati sesiapa yang hendak dikeraskan-Nya hati. Seorang daripadamu akan berkata kepadaku, “Kalau begitu, mengapa masih menyalahkan kita? Kerana siapa yang dapat menentang kehendak-Nya?” Tetapi siapakah engkau, hai manusia, maka engkau menghujahi Allah? “Adakah ciptaan berkata kepada penciptanya, ‘Mengapa kaubuat aku begini?’ ” Tidakkah tukang tembikar berhak membuat daripada segumpal tanah liat yang sama, beberapa bekas tembikar untuk tujuan mulia dan yang lain untuk kegunaan biasa? Bagaimana jika Allah, untuk menunjukkan kemurkaan-Nya dan menyatakan kekuasaan-Nya, setelah begitu bersabar terhadap orang yang dimurkai-Nya, membuat persediaan untuk membinasakan? Bagaimana jika Dia berbuat demikian untuk memperlihatkan betapa besar kemuliaan-Nya kepada orang yang menjadi tumpuan belas kasihan-Nya, yang telah disediakan-Nya terlebih dahulu untuk kemuliaan, justeru kita, yang telah dipanggil-Nya, bukan hanya daripada kalangan orang Yahudi tetapi juga daripada kalangan bangsa asing?

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami