ROMA 4:23-25
ROMA 4:23-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Kata-kata - “diterima sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah” - tertulis bukan hanya untuk Abraham, tetapi untuk kita juga. Kita pun akan diterima sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah, apabila kita percaya kepada Allah yang membangkitkan Yesus, Tuhan kita daripada kematian. Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.
ROMA 4:23-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun bukannya itu disuratkan bagie Ibrahim sahja, sŭbab iya dibilangkan bŭnar, Mŭlainkan bagie kita pun kŭlak akan dibilangkan juga, jikalau kiranya kita pŭrchaya akan Allah yang tŭlah mŭmbangkitkan Isa Tuhan kita deripada matinya. Yang tŭlah disŭrahkannya sŭbab kŭsalahan kami, dan yang tŭlah dibangkitkan pula sŭbab kabŭnaran kami.
ROMA 4:23-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kata-kata “diperhitungkan baginya” telah tersurat bukan untuknya sahaja, tetapi juga untuk kita: Allah akan menerima kita sebagai orang yang benar, kita yang beriman terhadap Dia yang telah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian. Dia telah diserahkan kepada kematian kerana dosa kita dan dibangkitkan semula kepada kehidupan untuk pembenaran kita.