ROMA 4:20-25
ROMA 4:19-25 Alkitab Berita Baik (BM)
Pada waktu itu umur Abraham sudah hampir seratus tahun. Dia tahu bahawa dia tidak mungkin mendapat keturunan, kerana badannya sudah sangat tua dan Sara, isterinya mandul. Tetapi walaupun demikian, dia tidak ragu akan janji Allah, dan imannya pun tidak menjadi lemah. Sebaliknya imannya menjadikan dia bertambah kuat, dan dia memuji-muji Allah. Abraham betul-betul yakin bahawa Allah sanggup melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya. Itulah sebabnya Abraham “diterima sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah”, kerana dia percaya kepada Allah. Kata-kata - “diterima sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah” - tertulis bukan hanya untuk Abraham, tetapi untuk kita juga. Kita pun akan diterima sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan Allah, apabila kita percaya kepada Allah yang membangkitkan Yesus, Tuhan kita daripada kematian. Yesus diserahkan untuk dibunuh kerana dosa kita; Dia dibangkitkan supaya kita boleh berbaik semula dengan Allah.
ROMA 4:20-25 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiada juga iya bŭrgŭrak deripada pŭrjanjian Allah dŭngan korang imannya, mŭlainkan tŭgohlah imannya sambil mŭmuliakan Allah. Maka yakinlah juga iya sangat, iya itu bahwa Allah bŭrkwasa akan mŭnyampiekan pŭrkara yang tŭlah dijanjikannya itu. Sŭbab itulah dibilangkan dia bŭnar. Adapun bukannya itu disuratkan bagie Ibrahim sahja, sŭbab iya dibilangkan bŭnar, Mŭlainkan bagie kita pun kŭlak akan dibilangkan juga, jikalau kiranya kita pŭrchaya akan Allah yang tŭlah mŭmbangkitkan Isa Tuhan kita deripada matinya. Yang tŭlah disŭrahkannya sŭbab kŭsalahan kami, dan yang tŭlah dibangkitkan pula sŭbab kabŭnaran kami.
ROMA 4:20-25 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Namun demikian, Abraham tidak digugat kesangsian terhadap janji Allah, tetapi telah diteguhkan lagi dalam imannya lalu memuliakan Allah. Dia yakin sepenuhnya bahawa Allah berkuasa melakukan apa yang telah dijanjikan-Nya. Maka “imannya itu diperhitungkan baginya sebagai perbenaran.” Kata-kata “diperhitungkan baginya” telah tersurat bukan untuknya sahaja, tetapi juga untuk kita: Allah akan menerima kita sebagai orang yang benar, kita yang beriman terhadap Dia yang telah membangkitkan Tuhan Yesus daripada kematian. Dia telah diserahkan kepada kematian kerana dosa kita dan dibangkitkan semula kepada kehidupan untuk pembenaran kita.