ROMA 4:18-21
ROMA 4:18-21 Alkitab Berita Baik (BM)
Abraham tetap percaya dan berharap bahkan pada masa tidak ada harapan lagi baginya. Itulah sebabnya Allah menjadikan dia bapa kepada banyak bangsa. Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, “Keturunanmu akan menjadi banyak sekali.” Pada waktu itu umur Abraham sudah hampir seratus tahun. Dia tahu bahawa dia tidak mungkin mendapat keturunan, kerana badannya sudah sangat tua dan Sara, isterinya mandul. Tetapi walaupun demikian, dia tidak ragu akan janji Allah, dan imannya pun tidak menjadi lemah. Sebaliknya imannya menjadikan dia bertambah kuat, dan dia memuji-muji Allah. Abraham betul-betul yakin bahawa Allah sanggup melakukan apa yang sudah dijanjikan-Nya.
ROMA 4:18-21 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun Ibrahim mŭlawan harap, tŭtapi pŭrchaya juga iya dŭngan harap, supaya iya kŭlak akan mŭnjadi bapa bagie bŭbrapa bangsa; spŭrti yang tŭlah dikatakan Allah, Dŭmkianlah kŭlak akan jadi bŭnihmu itu. Maka sŭbab imannya tiadalah lŭmah, maka disangkanya dirinya itu bukannya spŭrti mati, tŭtkala umornya kira kira sa’ratus tahun, dan tiada pula disangkanya derihal kalŭmahan rahim Sarah itu. Maka tiada juga iya bŭrgŭrak deripada pŭrjanjian Allah dŭngan korang imannya, mŭlainkan tŭgohlah imannya sambil mŭmuliakan Allah. Maka yakinlah juga iya sangat, iya itu bahwa Allah bŭrkwasa akan mŭnyampiekan pŭrkara yang tŭlah dijanjikannya itu.
ROMA 4:18-21 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Meski bagaikan tiada harapan, Abraham berharap dan beriman, maka dia menjadi bapa kepada beberapa banyak bangsa, sebagaimana yang telah dikatakan kepadanya, “Demikian jugalah keturunanmu kelak.” Tanpa terjejas imannya, dia menghadapi kenyataan bahawa tubuhnya samalah seperti sudah mati — kerana dia sudah berusia kira-kira seratus tahun — dan rahim Sarah juga sudah mati. Namun demikian, Abraham tidak digugat kesangsian terhadap janji Allah, tetapi telah diteguhkan lagi dalam imannya lalu memuliakan Allah. Dia yakin sepenuhnya bahawa Allah berkuasa melakukan apa yang telah dijanjikan-Nya.