ROMA 4:16-17
ROMA 4:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Janji Allah itu berdasarkan kepercayaan orang kepada Allah. Dengan demikian, janji itu dijamin sebagai kurnia Allah yang diberikan dengan percuma kepada semua keturunan Abraham, baik orang yang taat kepada Taurat, mahupun orang yang percaya kepada Allah seperti Abraham percaya kepada-Nya. Hal ini demikian kerana Abraham menjadi seperti bapa kepada kita semua. Di dalam Alkitab tertulis bahawa Allah berfirman kepada Abraham, “Aku sudah menjadikan engkau bapa kepada banyak bangsa.” Demikianlah Allah memberikan janji itu kepada Abraham dan Abraham percaya kepada-Nya. Dialah Allah yang menghidupkan orang mati, dan juga Allah yang dengan firman-Nya mewujudkan apa yang tidak wujud.
ROMA 4:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka sŭbab itulah kabŭnaran itu mŭnjadi deripada iman; adapun datangnya itu deripada anugrah, kŭsudahannya kŭlak supaya pŭrjanjian itu mŭnjadi tŭtap kapada sagala bŭnih, bukannya iya itu deri pada bŭnih tauret sahja, mŭlainkan iya itu deripada bŭnih iman, iya itu Ibrahim bapa kita skalian pun. Spŭrti yang tŭlah tŭrsurat, Bahwa aku akan mŭnjadikan dikau akan bapa kapada bŭbrapa bangsa; maka dihadapan Allah yang dipŭrchayai ulih Ibrahim itu, bahwa iyalah juga yang mŭnghidopkan orang yang mati, dan iya mŭngadakan pŭrkara pŭrkara yang ta’da spŭrti yang tŭlah ada.
ROMA 4:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Oleh yang demikian, janji itu melalui iman, supaya datangnya melalui kasih kurnia dan dapat dipastikan bagi semua keturunan Abraham; bukan hanya yang mengamalkan hukum Taurat tetapi juga yang mempunyai iman Abraham, bapa kepada kita semua. Sebagaimana tersurat dalam Kitab Suci, “Aku telah menjadikanmu bapa kepada beberapa banyak bangsa.” Abraham bapa kita di mata Allah. Dia beriman kepada Allah yang memberikan nyawa kepada yang mati dan menyeru yang tidak wujud menjadi wujud.