ROMA 4:13-15
ROMA 4:13-15 Alkitab Berita Baik (BM)
Allah berjanji kepada Abraham dan keturunannya bahawa dunia ini akan menjadi milik mereka. Allah berjanji demikian bukan kerana Abraham taat kepada Taurat, tetapi kerana dia percaya kepada Allah sehingga dia diterima oleh Allah sebagai orang yang sudah berbaik semula dengan-Nya. Jika apa yang dijanjikan oleh Allah hanya diberikan kepada orang yang taat kepada Taurat, maka tidak ada gunanya orang percaya kepada Allah, dan janji Allah pun sia-sia. Taurat mendatangkan kemurkaan Allah. Tetapi jika tidak ada hukum, maka pelanggaran pun tidak ada.
ROMA 4:13-15 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna adalah pŭrjanjian itu, bahwa Ibrahim itu akan mŭnjadi warith dunia, bukannya kapada Ibrahim, atau kapada bŭnihnya deri sŭbab tauret, hanya deri sŭbab kabŭnaran iman juga. Kŭrna jikalau orang yang bŭrtauret mŭnjadi warith, nŭschaya iman itu sia sialah adanya, dan pŭrjanjian itu pun ta’da bŭrguna adanya. Kŭrna tauret itu mŭndatangkan morka, maka barang dimana tiada hukum, maka disana pun tiada barang kŭsalahan.
ROMA 4:13-15 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kerana janji kepada Abraham dan keturunannya bahawa mereka akan menjadi waris dunia ini bukanlah melalui hukum Taurat tetapi melalui perbenaran yang diperoleh dengan iman. Kerana jika orang yang mengamalkan hukum Taurat menjadi waris, maka iman tidak bernilai dan janji itu mansuh. Kerana hukum Taurat membawa kemurkaan Allah dan tanpa hukum Taurat, tiadalah kemungkaran.