WAHYU 5:5-6
WAHYU 5:5-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.
WAHYU 5:5-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka bŭrkata sa’orang orang tua itu padaku, Janganlah mŭnangis; maka sŭsungguhnya singa deridada suku Yahuda, iya itu akar Daud yang tŭlah mŭnang, dapat mŭmbuka kitab itu, dan mŭnguriekan tujoh mutrienya itu. Maka kulihat, hieran, ditŭngah arash itu, dan ditŭngah ampat binatang itu, dan ditŭngah orang tua tua itu, sa’ekor anak Domba tŭrdiri rupanya spŭrti tŭrsŭmblih, yang ada bŭrtandok tujoh dan bŭrmata tujoh, iya itulah tujoh Arwah Allah yang disurohkan pada sluruh bumi.
WAHYU 5:5-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian salah seorang tua-tua itu berkata kepadaku, “Jangan menangis. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, Tunas Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu.” Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.