Wahyu 5

5
Gulungan naskhah dan Anak Domba
1 # Yeh 2:9,10; Yes 29:11. Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai. 2Setelah itu, kulihat dan kudengar malaikat yang gagah perkasa bertanya dengan suara lantang, “Siapakah yang layak memecahkan materai dan membuka gulungan naskhah ini?” 3Namun demikian, tiada seorang pun, baik di syurga, di bumi, mahupun di bawah bumi, yang terdaya membuka gulungan naskhah itu dan melihat kandungannya. 4Oleh itu, aku pun menangis teresak-esak kerana tiada seorang pun yang layak membuka dan membaca gulungan naskhah atau melihat kandungannya. 5#Kej 49:9. Yes 11:1,10.Kemudian salah seorang tua-tua itu berkata kepadaku, “Jangan menangis. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, Tunas Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu.”
6 # Yes 53:7. Za 4:10. Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia. 7Anak Domba itu pergi mengambil gulungan naskhah dari tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta. 8#Mzm 141:2.Ketika Dia mengambil gulungan kitab itu, empat makhluk dan dua puluh empat orang tua-tua sujud kepada Anak Domba itu. Masing-masing memegang sebuah kecapi dan sebuah batil emas berisi setanggi, iaitu segala doa orang salih. 9#Mzm 33:3; 98:1; Yes 42:10.Mereka menyanyikan lagu baru:
“Engkau layak mengambil gulungan naskhah itu
dan membuka materainya
kerana Engkau telah dibunuh,
dan dengan darah kematian-Mu
Engkau telah menebus untuk Allah
manusia daripada segala suku,
bahasa, kaum, dan bangsa.
10 # Kel 19:6; Why 1:6. Engkau telah menjadikan mereka
suatu kerajaan dan imam-imam Allah
untuk menyembah Allah kita
dan memerintah di bumi.”
11 # Dan 7:10. Aku melihat lagi. Aku mendengar suara ribuan dan jutaan malaikat. Mereka berdiri mengelilingi takhta, empat makhluk dan para tua-tua. 12Mereka menyanyi dengan suara yang lantang:
“Anak Domba yang telah disembelih
layak menerima kekuasaan,
kekayaan, kebijaksanaan, kekuatan,
kehormatan, kemuliaan
dan puji-pujian.”
13Aku mendengar semua makhluk — di syurga, di bumi, di bawah bumi, di dalam laut, dan semua yang ada di dalamnya, menyanyi:
“Segala puji, kemuliaan dan kuasa kepada
Dia yang duduk di atas takhta
dan kepada Anak Domba untuk
selama-lamanya.”
14Keempat-empat makhluk itu menyahut, “Amin!” Para tua-tua itu pun sujud menyembah Allah dan Anak Domba itu.

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 5: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami