WAHYU 5:1-6
WAHYU 5:1-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku melihat sebuah gulungan naskhah di tangan kanan Dia yang duduk di atas takhta itu. Gulungan naskhah itu penuh dengan tulisan pada kedua-dua belah sisinya dan dimeterai dengan tujuh buah meterai. Lalu aku melihat satu malaikat perkasa bertanya dengan suara yang lantang, “Siapakah yang layak memecahkan meterai-meterai ini serta membuka gulungan naskhah ini?” Tetapi tidak seorang pun di syurga, atau di bumi, ataupun di bawah bumi, yang dapat membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. Aku menangis tersedu-sedu, kerana tidak seorang pun layak membuka gulungan naskhah itu dan membaca kandungannya. Lalu salah seorang pemimpin itu berkata kepadaku, “Jangan menangis! Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, keturunan agung daripada Daud, sudah menang. Dia dapat memecahkan tujuh buah meterai itu dan membuka gulungan naskhah itu.” Kemudian aku nampak seekor Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh empat makhluk dan semua pemimpin itu. Anak Domba itu nampaknya sudah disembelih. Anak Domba itu mempunyai tujuh buah tanduk dan tujuh biji mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah diutus ke seluruh dunia.
WAHYU 5:1-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BŬRMULA maka kulihat dalam tangan kanan orang yang dudok diatas arash itu suatu kitab yang tŭrtulis didalamnya dan diluarnya, tŭrmutrie dŭngan tujoh mutrie. Maka kulihat sa’orang mŭliekat yang gagah, bŭrsru dŭngan swara yang nyaring, katanya, Siapakah garangan yang layak mŭmbuka kitab ini, dan mŭnguriekan mutrie mutrienya itu? Maka sa’orang jua pun baik dalam shorga, baik diatas bumi, baik dibawah bumi, tiada yang chakap mŭmbuka kitab itu, dan mŭlihat akan dia. Maka mŭnangislah aku sangat, sŭbab sa’orang juapun tiada yang layak akan mŭmbuka dan mŭmbacha kitab itu, atau mŭlihat akan dia. Maka bŭrkata sa’orang orang tua itu padaku, Janganlah mŭnangis; maka sŭsungguhnya singa deridada suku Yahuda, iya itu akar Daud yang tŭlah mŭnang, dapat mŭmbuka kitab itu, dan mŭnguriekan tujoh mutrienya itu. Maka kulihat, hieran, ditŭngah arash itu, dan ditŭngah ampat binatang itu, dan ditŭngah orang tua tua itu, sa’ekor anak Domba tŭrdiri rupanya spŭrti tŭrsŭmblih, yang ada bŭrtandok tujoh dan bŭrmata tujoh, iya itulah tujoh Arwah Allah yang disurohkan pada sluruh bumi.
WAHYU 5:1-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian aku melihat segulungan naskhah di tangan kanan Dia yang bersemayam di atas takhta itu. Gulungan itu bertulis kedua-dua belah dan dimaterai dengan tujuh materai. Setelah itu, kulihat dan kudengar malaikat yang gagah perkasa bertanya dengan suara lantang, “Siapakah yang layak memecahkan materai dan membuka gulungan naskhah ini?” Namun demikian, tiada seorang pun, baik di syurga, di bumi, mahupun di bawah bumi, yang terdaya membuka gulungan naskhah itu dan melihat kandungannya. Oleh itu, aku pun menangis teresak-esak kerana tiada seorang pun yang layak membuka dan membaca gulungan naskhah atau melihat kandungannya. Kemudian salah seorang tua-tua itu berkata kepadaku, “Jangan menangis. Lihatlah! Singa daripada suku Yehuda, Tunas Daud, telah menang. Dia dapat membuka gulungan naskhah itu dan memecahkan tujuh materai dan membuka gulungan naskhah itu.” Selepas itu kulihat Anak Domba berdiri di tengah-tengah takhta itu, dikelilingi oleh keempat-empat makhluk dan para tua-tua. Anak Domba itu, yang kelihatan sudah disembelih, mempunyai tujuh tanduk dan tujuh mata, iaitu tujuh Roh Allah yang telah dihantar ke seluruh dunia.