WAHYU 22:3-6
WAHYU 22:3-6 Alkitab Berita Baik (BM)
Di dalam kota itu tidak terdapat sesuatu pun yang kena kutuk Allah. Takhta Allah dan Anak Domba akan ada di dalam kota itu dan hamba-hamba-Nya akan menyembah Dia. Mereka akan melihat wajah-Nya, dan nama-Nya akan ditulis pada dahi mereka. Malam tiada lagi; lampu dan cahaya matahari pun tidak diperlukan, kerana Tuhan Allah sendiri akan menerangi mereka. Mereka akan memerintah sebagai raja selama-lamanya. Kemudian malaikat itu berkata kepadaku, “Kata-kata ini benar dan dapat dipercayai. Tuhan Allah yang memberikan Roh-Nya kepada nabi-nabi, telah mengutus malaikat-Nya kepada hamba-hamba-Nya untuk menunjukkan apa yang mesti segera berlaku.”
WAHYU 22:3-6 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka tiadalah laanat lagi: dalamnya itu adalah arash Allah dan anak Domba itu; maka sagala hambanya pun akan bŭrbakti padanya. Maka marika itu akan mŭlihat mukanya; dan namanya pun adalah kŭlak didahinya. Maka malam pun tiadalah disana: maka dian pun tiadalah bŭrguna pada marika itu, atau trang matahari; kŭrna ditrangi akan dia ulih Tuhan Allah: maka marika itu kŭlak bŭrkrajaanlah slama lamanya. Lalu bŭrkatalah iya padaku, Sagala pŭrkataan inilah sŭtiawan dan bŭnar adanya: maka Allah Tuhan sagala nabi yang suchi itu mŭnyurohkan mŭliekatnya mŭnunjokkan kapada hamba hambanya sagala pŭrkara yang ta’dapat tiada akan jadi kŭlak dŭngan sŭgranya.
WAHYU 22:3-6 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Segala yang terlaknat tiada lagi. Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya beribadat kepada-Nya. Mereka melihat wajah-Nya, dan nama-Nya tersurat pada dahi mereka. Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya. Katanya kepadaku, “Ini kata-kata yang dapat dipercayai dan benar. Tuhan, Allah segala roh nabi-nabi, telah menyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi dengan segera.”