Wahyu 22

22
Sungai air hidup
1 # Yeh 47:1; Za 14:8. Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba 2#Kej 2:9.di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia. 3#Za 14:11; Kej 3:17.Segala yang terlaknat tiada lagi.
Takhta Allah dan Anak Domba ada di dalam kota itu, dan hamba-hamba-Nya beribadat kepada-Nya. 4Mereka melihat wajah-Nya, dan nama-Nya tersurat pada dahi mereka. 5#Yes 60:19. Dan 7:18.Malam tiada lagi, dan cahaya pelita serta cahaya matahari tidak diperlukan lagi. Kerana Tuhan Allah akan menerangi mereka dan sekaliannya bertakhta selama-lamanya.
6Katanya kepadaku, “Ini kata-kata yang dapat dipercayai dan benar. Tuhan, Allah segala roh nabi-nabi, telah menyuruh malaikat-malaikat-Nya menunjukkan kepada hamba-hamba-Nya apa yang akan terjadi dengan segera.”
7“Ingatlah, Aku akan datang dengan segera. Diberkatilah orang yang memeliharakan segala nubuat di dalam kitab ini.”
8Aku, Yohanes, telah mendengar dan melihat segala hal itu. Apabila aku mendengar dan melihatnya, aku sujud hendak menyembah malaikat yang menunjukkannya kepadaku. 9Tetapi dia berkata kepadaku, “Jangan buat begitu! Aku ini sesama hamba Allah sepertimu dan saudara-saudaramu, iaitu nabi-nabi dan sekalian yang memeliharakan kata-kata di dalam kitab ini. Hanya Allah yang harus kamu sembah.”
Berita yang terakhir
10Katanya lagi kepadaku, “Janganlah kamu materaikan nubuat di dalam kitab ini, kerana masanya sudah hampir tiba. 11#Dan 12:10.Orang yang berbuat jahat, biarlah dia terus berbuat jahat. Orang yang cemar, biarlah dia terus cemar. Orang yang benar, biarlah dia terus benar. Orang yang suci, biarlah dia terus suci.”
12 # Yes 40:10; 62:11. Mzm 28:4; Yes 40:10; Yer 17:10. “Ingatlah, Aku akan datang dengan segera, dan ganjaran-Ku bersama-Ku, supaya setiap orang mendapat balasan setimpal dengan perbuatannya. 13#Why 1:8. Yes 44:6; 48:12; Why 1:17; 2:8.Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir, Yang Di Awal dan Yang Di Akhir.”
14 # Kej 2:9; 3:22. Diberkatilah sekalian yang menyucikan pakaiannya, kerana mereka berhak menghampiri pokok hayat dan masuk ke dalam kota itu melalui pintu gerbangnya. 15Di luar terdapat anjing, ahli sihir, orang yang cabul, pembunuh, penyembah berhala, dan semua yang menyukai dusta serta menuturkannya.
16 # Yes 11:1,10. “Aku, Yesus, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah Tunas dan Zuriat#22:16 Atau: Keturunan. Daud, dan bintang fajar yang bersinar.”
17 # Yes 55:1. Roh dan pengantin perempuan itu berkata, “Marilah.” Orang yang mendengar haruslah berkata, “Marilah.” Orang yang dahaga haruslah datang. Sesiapa yang suka boleh mengambil air hidup itu dengan percuma.
18 # Ul 4:2; 12:32. Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar nubuat di dalam kitab ini, bahawa jika sesiapa menambahkan apa-apa kepadanya, Allah akan menambahkan baginya segala wabak yang tersurat dalam kitab ini. 19Dan jika sesiapa menggugurkan sepatah kata pun daripada nubuat ini, Allah akan menggugurkan bahagiannya daripada pokok hayat dan kota suci seperti yang tersurat dalam kitab ini.
20Yang bersaksi atas segala perkara ini berfirman, “Ya, Aku akan datang segera.” Sesungguhnya, marilah Engkau, ya Tuhan Yesus.
21Semoga kasih kurnia Tuhan Yesus menyertai sekalian orang salih. Amin.

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 22: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk