WAHYU 22:18-20
WAHYU 22:18-20 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku, Yohanes, dengan sungguh-sungguh memperingatkan setiap orang yang mendengar kata-kata nubuat kitab ini: Jika seseorang menambahkan apa sahaja pada nubuat ini, Allah juga akan menambahkan hukumannya dengan malapetaka yang digambarkan di dalam kitab ini. Jika seseorang mengurangkan kata-kata nubuat di dalam kitab ini, Allah juga akan mengambil balik hak orang itu untuk makan buah pokok sumber kehidupan dan haknya untuk tinggal di kota suci itu, seperti yang digambarkan di dalam kitab ini. Dia yang memberikan semua kesaksian ini berkata, “Betul, Aku akan segera datang!” Amin! Datanglah, ya Tuhan Yesus!
WAHYU 22:18-20 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Kŭrna aku mŭnyatakan kapada sagala orang yang mŭnŭngar pŭrkataan nabuatan kitab ini, maka jikalau barang siapa kŭlak mŭnambahi akan pŭrkara pŭrkara ini, nŭschaya ditambah Allah bagienya bala bala yang ada tŭrtulis dalam kitab ini: Dan jikalau barang siapa yang mŭngurangi deripada pŭrkataan kitab nabuatan ini, nŭschaya dihilangkan Allah bahgiannya deripada kitab hayat, dan deripada nŭgri yang suchi itu, dan deripada sagala pŭrkara yang tŭrtulis dalam kitab ini. Bahwa kata orang yang mŭnyaksikan akan sagala pŭrkara ini, Sŭsungguhnyalah aku datang dŭngan sŭgranya; Amin. Dŭmkianlah kŭlak datang Tuhan Isa.
WAHYU 22:18-20 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku bersaksi kepada setiap orang yang mendengar nubuat di dalam kitab ini, bahawa jika sesiapa menambahkan apa-apa kepadanya, Allah akan menambahkan baginya segala wabak yang tersurat dalam kitab ini. Dan jika sesiapa menggugurkan sepatah kata pun daripada nubuat ini, Allah akan menggugurkan bahagiannya daripada pokok hayat dan kota suci seperti yang tersurat dalam kitab ini. Yang bersaksi atas segala perkara ini berfirman, “Ya, Aku akan datang segera.” Sesungguhnya, marilah Engkau, ya Tuhan Yesus.