WAHYU 22:16-17
WAHYU 22:16-17 Alkitab Berita Baik (BM)
“Aku, Yesus, telah mengutus malaikat-Ku supaya mengisytiharkan perkara-perkara ini kepada jemaah. Aku keturunan Daud; Aku bintang timur yang terang itu.” Roh Allah dan Pengantin Perempuan berkata, “Marilah!” Tiap-tiap orang yang mendengarnya juga mesti berkata, “Marilah!” Marilah, sesiapa yang dahaga! Terimalah pemberian air yang memberikan hidup, hai kamu yang menginginkannya!
WAHYU 22:16-17 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Adapun akulah Isa tŭlah mŭnyurohkan mŭliekatku mŭnyatakan padamu sagala pŭrkara ini dalam sidang sidang jŭmaah, bahwasanya aku inilah akar dan turon tŭmuron deripada Daud, dan bintang timor yang gilang gumilang itu. Adapun Roh dan pŭngantin pŭrampuan itu bŭrkata, Datanglah. Maka biarlah orang yang mŭnŭngar itupun bŭrkata, Datanglah. Maka biarlah orang yang dahaga itupun datang, dan barang siapa yang mahu, biarlah diambilnya ayer hayat dŭngan chuma chuma.
WAHYU 22:16-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
“Aku, Yesus, telah menyuruh malaikat-Ku memperlihatkan segala hal ini kepadamu untuk semua jemaah. Akulah Tunas dan Zuriat Daud, dan bintang fajar yang bersinar.” Roh dan pengantin perempuan itu berkata, “Marilah.” Orang yang mendengar haruslah berkata, “Marilah.” Orang yang dahaga haruslah datang. Sesiapa yang suka boleh mengambil air hidup itu dengan percuma.