WAHYU 22:1-2
WAHYU 22:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Malaikat itu juga menunjukkan sungai kepadaku; air sungai itu memberikan hidup. Sungai itu berkilauan seperti kristal dan mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba ke tengah-tengah jalan raya di kota itu. Pada kedua-dua tepi sungai itu terdapat sebatang pokok sumber kehidupan, yang berbuah dua belas kali setahun, iaitu sekali sebulan. Daunnya digunakan untuk menyembuhkan bangsa-bangsa.
WAHYU 22:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA diunjokkannyalah padaku sungie ayer hayat yang jŭrnih, jŭrnihnya spŭrti hablor, iya itu mŭngalir kluar deripada arash Allah, dan anak Domba itu. Maka ditŭngah tŭngah lorong nŭgri itu, dan sŭbrang mŭnyŭbrang sungie itu, ada pohon kayu hayat yang bŭrbuah duablas jŭnis buah, maka iya mŭngadakan buahnya pada tiap tiap bulan; maka daun daun pohon itu akan mŭnjadikan sŭmboh sagala bangsa.
WAHYU 22:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Dia menunjukkan kepadaku sebatang sungai air hidup, jernih seperti hablur, mengalir dari takhta Allah dan Anak Domba di tengah-tengah kota itu. Di kiri kanan sungai itu terdapat pokok hayat, yang berbuah dua belas jenis setiap bulan; daun-daunnya menyembuhkan umat manusia.