WAHYU 11:4-5
WAHYU 11:4-5 Alkitab Berita Baik (BM)
Kedua-dua orang saksi itu adalah dua batang pokok zaitun dan dua buah kaki pelita yang berdiri di hadapan Tuhan alam semesta. Jika sesiapa cuba mencederakan mereka, api keluar dari mulut mereka dan membinasakan musuh. Dengan demikian sesiapa sahaja yang cuba mencederakan mereka akan terbunuh.
WAHYU 11:4-5 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Maka iya itulah dua pohon ziet, dan dua kaki dian yang tŭrdiri dihalrat Tuhan bumi ini. Maka jikalau barang sa’orang mŭnyakitkan akan marika itu, bahwa akan kluar api deri dalam mulot kaduanya itu, akan mŭmakan habis sagala sŭtrunya: jikalau barang siapa mŭnyakitkan akan dia, maka dapat tiada dŭngan hal yang dŭmkianlah prinya iya akan dibunoh.
WAHYU 11:4-5 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah dua pokok zaitun dan dua kaki pelita yang berdiri di hadapan Tuhan alam semesta. Jika sesiapa hendak mencederakan mereka, api akan keluar dari mulut mereka dan menghanguskan musuh mereka itu. Orang yang hendak mencederakan mereka itu mesti dibunuh sedemikian.