Wahyu 11

11
Dua saksi Allah
1 # Yeh 40:3; Za 2:1,2. Kemudian aku diberi sebatang tongkat yang kelihatan seperti kayu pengukur. Lalu seorang berkata, “Bangkitlah, ukur bait Allah dan mazbah, serta hitunglah orang yang beribadat di situ. 2#Luk 21:24.Tetapi jangan ukur halaman di luar, kerana bahagian itu telah diberikan kepada orang bangsa asing. Mereka akan melanyak kota suci selama empat puluh dua bulan. 3Aku akan memberikan kuasa kepada dua orang saksi-Ku dan mereka akan bernubuat selama seribu dua ratus enam puluh hari dengan memakai kain kabung.”
4 # Za 4:3,11-14. Inilah dua pokok zaitun dan dua kaki pelita yang berdiri di hadapan Tuhan alam semesta. 5Jika sesiapa hendak mencederakan mereka, api akan keluar dari mulut mereka dan menghanguskan musuh mereka itu. Orang yang hendak mencederakan mereka itu mesti dibunuh sedemikian. 6#1Raj 17:1. Kel 7:17-19. 1Sam 4:8.Mereka mempunyai kuasa menutup langit, supaya hujan tidak turun sepanjang masa mereka bernubuat. Mereka berkuasa atas air dan dapat menukarkannya menjadi darah. Mereka juga berupaya menimpakan pelbagai wabak penyakit ke atas bumi sekerap yang dikehendaki mereka.
7 # Dan 7:7; Why 13:5-7; 17:8. Dan 7:21. Setelah mereka selesai membuat kesaksian, binatang buas dari dalam jurang itu akan memerangi, menewaskan dan membunuh mereka. 8#Yes 1:9,10.Mayat mereka akan bergelimpangan di jalan raya kota agung yang dari segi rohani disebut Sodom dan Mesir, iaitu kota tempat Tuhan mereka disalib. 9Orang dari pelbagai kaum, suku, bahasa dan bangsa akan melihat mayat mereka selama tiga hari setengah dan tidak membenarkan mereka dikuburkan. 10Penghuni bumi ini akan bergembira, berpesta dan berkirim-kiriman hadiah, kerana kedua-dua nabi itu telah menyeksa mereka yang tinggal di bumi. 11#Yeh 37:10.Selepas tiga hari setengah, roh hayat daripada Allah memasuki mereka lalu mereka bangkit berdiri. Sekalian yang melihatnya amat ketakutan. 12#2Raj 2:11.Kedua-dua nabi itu mendengar suara lantang dari langit berkata, “Naiklah ke sini.” Lalu mereka naik ke langit di dalam awan, di hadapan mata musuh mereka. 13#Why 6:12; 16:18.Pada ketika itu terjadilah gempa bumi yang dahsyat, memusnahkan sepersepuluh kota itu. Tujuh ribu orang terbunuh dalam gempa itu. Mereka yang masih hidup sungguh takut lalu memuliakan Allah yang berada di syurga.
14Bencana kedua telah berlalu. Ketahuilah, bencana ketiga akan segera menyusul.
15 # Kel 15:18; Dan 2:44; 7:14,27. Kemudian malaikat ketujuh meniup sangkakalanya. Suara-suara lantang di syurga berkata,
“Segala kerajaan di dunia ini telah menjadi kerajaan Tuhan kita dan kerajaan Kristus-Nya,
dan Dia akan memerintah selama-lamanya!”
16Dua puluh empat tua-tua yang menghadap Allah yang bersemayam di atas takhta itu sujud menyembah Allah 17sambil berkata:
“Kami bersyukur kepada-Mu,
Ya Tuhan, Allah Maha Kuasa;
yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang.
Kerana Engkau telah melaksanakan
kuasa-Mu yang besar lalu memerintah.
18 # Mzm 2:5; 110:5. Mzm 115:13. Bangsa-bangsa asing marah,
maka datanglah kemurkaan-Mu,
dan masanya untuk orang mati dihakimi,
dan Engkau memberi ganjaran
kepada hamba-hamba-Mu,
para nabi dan orang salih,
serta manusia kecil dan besar
yang takut akan Nama-Mu.
Dan Engkau membinasakan mereka yang membinasakan bumi.”
19 # 2Mak 2:4-8. Why 8:5; 16:18. Why 16:21. Kemudian bait Allah dibuka di syurga, dan kelihatanlah tabut perjanjian-Nya, diiringi kilat, pelbagai suara, guruh, gempa bumi dan hujan batu yang dahsyat.

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 11: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk