WAHYU 11:1-2
WAHYU 11:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kemudian aku diberikan sebatang tongkat yang kelihatannya seperti kayu pengukur. Lalu aku diperintahkan, “Pergilah ukur Rumah Allah dan mazbah. Kiralah orang yang beribadat di Rumah Allah. Tetapi janganlah ukur halaman yang di sebelah luar, kerana bahagian itu sudah diserahkan kepada orang yang tidak mengenal Allah. Mereka akan menginjak-injak kota suci itu selama empat puluh dua bulan.
WAHYU 11:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
MAKA dibrinyalah padaku sa’batang buloh spŭrti tongkat, maka bŭrdirilah mŭliekat itu sŭrta bŭrkata, Bangunlah, ukorlah ka’abah Allah, dan tŭmpat pŭrsŭmbahan, dan sagala orang yang sŭmbahyang didalamnya itu. Tŭtapi tinggalkanlah halaman yang diluar ka’abah itu, jangan diukor akan dia; kŭrna iya itu tŭlah dikurniakan kapada orang sŭsat, maka nŭgri yang suchi itu kŭlak akan dipijak pijak dibawah kaki marika itu ampat puloh dua bulan lamanya.
WAHYU 11:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kemudian aku diberi sebatang tongkat yang kelihatan seperti kayu pengukur. Lalu seorang berkata, “Bangkitlah, ukur bait Allah dan mazbah, serta hitunglah orang yang beribadat di situ. Tetapi jangan ukur halaman di luar, kerana bahagian itu telah diberikan kepada orang bangsa asing. Mereka akan melanyak kota suci selama empat puluh dua bulan.