WAHYU 1:9-11
WAHYU 1:9-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Aku Yohanes, saudara kamu, juga mengalami penderitaan yang dialami oleh setiap pengikut Yesus. Kita menantikan Pemerintahan-Nya dan harus menanggung penderitaan dengan tabah hati. Aku dibuang ke pulau Patmos kerana mengisytiharkan firman Allah dan hal-hal yang dinyatakan oleh Yesus. Pada hari Tuhan, Roh Allah menguasai aku, lalu aku mendengar suara yang kuat dan jelas, seperti bunyi trompet, berkata-kata di belakangku. Suara itu berkata, “Tuliskanlah apa yang engkau lihat dan kirimlah kitab ini kepada jemaah di tujuh buah kota berikut: Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Filadelfia, dan Laodikia.”
WAHYU 1:9-11 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
Bahwa aku ini Yahya, dan lagi saudaramu, dan taulanmu dalam kasukaran, dan dalam krajaan, dan sabar Isa Almasih, tŭlah ada dalam pulau yang bŭrnama Patmos, kŭrna pŭrkataan Allah, dan kŭrna mŭnyaksikan Isa Almasih. Bahwa adalah aku ini dalam Roh iya itu pada hari Tuhan, dan mŭnŭngar deri bŭlakangku suatu swara spŭrti bunyi nafiri adanya. Katanya, Akulah Alif dan Ya, yang pŭrmulaan dan yang kasudahan: Maka barang yang angkau lihat, suratkanlah dalam suatu kitab, maka kirimkanlah kapada tujoh sidang jŭmaah yang ada diAsia; iya itu kapada Efesus, dan kapada Smyrna, dan kapada Pergamos, dan kapada Thieatira, dan kapada Sardis, dan kapada Filadalfia, dan kapada Laodikia.
WAHYU 1:9-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Aku, Yohanes, saudara dan temanmu yang turut serta dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Yesus, berada di Pulau Patmos kerana firman Allah dan kesaksian Yesus. Pada hari Tuhan, Roh menguasaiku, lalu aku mendengar suara yang lantang, seperti bunyi sangkakala, berkata-kata di belakangku. Suara itu berkata, “Tuliskanlah apa yang kaulihat dan hantarkan kitab itu kepada tujuh jemaah: Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Filadelfia dan Laodikia.”