Wahyu 1

1
Pendahuluan
1Inilah wahyu Yesus Kristus yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Kristus menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahukan perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yohanes. 2Maka Yohanes pun bersaksi tentang semua yang telah dilihatnya iaitu Firman Allah dan kesaksian Yesus Kristus. 3Diberkatilah orang yang membaca kata-kata nubuat ini dan mendengarnya serta mematuhi apa yang tersurat dalamnya, kerana masanya sudah dekat.
Salam kepada tujuh jemaah
4 # Kel 3:14. Why 4:5. Daripada Yohanes kepada tujuh jemaah di Asia Kecil:
Kasih kurnia dan kesejahteraan kepadamu daripada Allah, iaitu Dia yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang, juga daripada tujuh roh yang di hadapan takhta-Nya, 5#Yes 55:4. Mzm 89:27.dan daripada Yesus Kristus, Saksi Setia. Dialah yang pertama dibangkitkan daripada kalangan orang mati dan Dialah Raja kepada sekalian raja dunia.
Yesus mengasihi kita, maka Dia membebaskan kita daripada segala dosa kita dengan darah-Nya 6#Kel 19:6; Why 5:10.serta menjadikan kita suatu kerajaan, dan imam bagi Allah dan Bapa-Nya. Bagi-Nyalah kemuliaan dan kekuasaan selama-lamanya. Amin.
7 # Dan 7:13; Mat 24:30; Mrk 13:26; Luk 21:27; 1Tes 4:17. Za 12:10; Yoh 19:34,37. Za 12:10; Mat 24:30. Lihatlah, Dia datang dalam awan! Seluruh umat manusia akan melihat-Nya, termasuk mereka yang telah menikam Dia. Semua suku bangsa di bumi akan berkabung kerana Dia. Ya, tentu sekali. Amin.
8 # Why 22:13. Kel 3:14. “Akulah Alfa dan Omega, Yang Pertama dan Yang Terakhir,” demikian firman Tuhan Allah, Yang Maha Kuasa, yang ada sekarang, yang ada dahulu dan yang akan datang.
Penglihatan di Patmos
9Aku, Yohanes, saudara dan temanmu yang turut serta dalam kesengsaraan, kerajaan dan ketabahan dalam Yesus, berada di Pulau Patmos kerana firman Allah dan kesaksian Yesus. 10Pada hari Tuhan, Roh menguasaiku, lalu aku mendengar suara yang lantang, seperti bunyi sangkakala, berkata-kata di belakangku. 11Suara itu berkata, “Tuliskanlah apa yang kaulihat dan hantarkan kitab itu kepada tujuh jemaah: Efesus, Smirna, Pergamus, Tiatira, Sardis, Filadelfia dan Laodikia.”
12Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapa yang berkata-kata itu. Kulihat tujuh kaki pelita daripada emas. 13#Dan 7:13. Dan 10:5.Di tengah-tengah kaki pelita itu kelihatan suatu susuk seakan-akan Anak Manusia, berjubah labuh sampai ke kaki dan memakai seutas pending emas yang meliliti dada-Nya. 14#Dan 7:9.#Dan 10:6.Rambut-Nya putih seperti kapas dan mata-Nya menyala-nyala laksana api. 15#Yeh 1:24; 43:2.Kaki-Nya bersinar umpama gangsa digilap di dalam relau dan suara-Nya ibarat deru air terjun yang hebat. 16Tangan kanan-Nya memegang tujuh bintang dan dari mulut-Nya keluar sebilah pedang mata dua yang tajam. Wajah-Nya bersinar-sinar laksana matahari pada waktu tengah hari. 17#Yes 44:6; 48:12; Why 2:8; 22:13.Apabila aku melihat-Nya, rebahlah aku di kaki-Nya seolah-olah tidak bernyawa lagi. Dia meletakkan tangan kanan-Nya ke atasku lalu berfirman, “Janganlah takut! Akulah Yang Pertama dan Yang Terakhir. 18Akulah Dia yang hidup. Aku pernah mati, tetapi lihatlah, Aku hidup selama-lamanya. Aku memegang anak kunci kematian dan alam maut. 19Oleh itu, tuliskanlah apa yang kaulihat, baik yang ada sekarang mahupun yang akan terjadi. 20Inilah maksud perlambangan tujuh bintang yang kaulihat di tangan kanan-Ku dan tujuh kaki pelita daripada emas itu. Tujuh bintang itu melambangkan para malaikat jemaah di tujuh tempat itu manakala tujuh kaki pelita itu melambangkan jemaah di situ.”

Terpilih Sekarang Ini:

Wahyu 1: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk