WAHYU 1:1-2
WAHYU 1:1-2 Alkitab Berita Baik (BM)
Kitab ini mengandungi peristiwa-peristiwa yang dinyatakan oleh Yesus Kristus. Allah memberitahukannya kepada Kristus, dan Kristus menunjukkan apa yang segera harus berlaku itu kepada hamba-hamba Allah. Kristus mengutus malaikat-Nya untuk memberitahu Yohanes, hamba-Nya semua peristiwa itu. Yohanes menceritakan segala yang telah dilihatnya itu. Inilah laporannya tentang perkhabaran daripada Allah dan hal-hal yang dinyatakan oleh Yesus Kristus.
WAHYU 1:1-2 Kitab Alkudus: Injil Isa Almasih 1866 (Keasberry) (KEAS)
BAHWA inilah Wahi Isa Almasih, yang tŭlah dikurniakan Allah padanya, supaya mŭnunjokkan kapada sagala hambanya akan sagala pŭrkara yang dapat tiada akan jadi dŭngan sŭgranya; maka disurohkannya kapada mŭliekatnya mŭnyatakan kapada hambanya Yahya: Yang mŭnjadi saksi deri hal pŭrkataan Allah itu, dan yang disaksikan ulih Isa Almasih, dan deri hal sagala sŭsuatu yang tŭlah dilihatnya.
WAHYU 1:1-2 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Inilah wahyu Yesus Kristus yang dinyatakan Allah kepada-Nya supaya Dia menyampaikan kepada hamba-hamba-Nya segala yang pasti segera terjadi. Kristus menghantarkan malaikat-Nya untuk memberitahukan perkara-perkara itu kepada hamba-Nya Yohanes. Maka Yohanes pun bersaksi tentang semua yang telah dilihatnya iaitu Firman Allah dan kesaksian Yesus Kristus.