MAZMUR 95:1-3
MAZMUR 95:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Marilah kita memuji TUHAN, dan bernyanyi dengan gembira kepada Allah, pelindung dan penyelamat kita! Marilah kita menghadap Dia dengan kesyukuran, dan dengan gembira menyanyikan lagu pujian. TUHAN itu Allah yang berkuasa, raja perkasa yang menguasai semua dewa.
Kongsi
Baca MAZMUR 95MAZMUR 95:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Marilah, marilah kita menyanyi untuk TUHAN; marilah kita bersorak riang untuk Batu Pejal penyelamatan kita. Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur, marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur. Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar, Raja besar di atas semua tuhan.
Kongsi
Baca MAZMUR 95