Mazmur 95

95
1Marilah, marilah kita menyanyi untuk TUHAN;
marilah kita bersorak riang untuk Batu Pejal penyelamatan kita.
2Marilah kita pergi ke hadirat-Nya sambil mengucap syukur,
marilah kita bersorak riang untuk-Nya dengan mazmur.
3Kerana TUHAN ialah Allah Yang Maha Besar,
Raja besar di atas semua tuhan.
4Dalam tangan-Nya tempat-tempat dalam di bumi,
bukit-bukau yang tinggi juga milik-Nya.
5Laut milik-Nya kerana Dia yang menjadikannya,
dan tangan-Nya membentuk daratan yang kering.
6Marilah, marilah kita menyembah dan tunduk,
marilah kita berlutut di hadapan TUHAN Pencipta kita;
7 # Ibr 3:7-11. # Ibr 3:15; 4:7. kerana Dia Allah kita
dan kita umat-Nya, kawanan domba di bawah tangan-Nya.
Hari ini, jika kamu mahu dengar suara-Nya,
8 # Kel 17:1-7; Bil 20:2-13. janganlah keraskan hatimu, seperti di Meriba,
seperti pada hari di Masa di padang gurun,
9ketika nenek moyangmu menguji-Ku,
mereka mencuba-Ku meski mereka telah melihat perbuatan-Ku.
10Selama empat puluh tahun Aku berdukacita dengan keturunan itu;
dan Aku berkata, “Kaum ini sesat dalam hatinya, dan tidak mengenal jalan-Ku.”
11 # Bil 14:20-23; Ul 1:34-36; Ibr 4:3,5. Ul 12:9,10. Oleh itu, Aku bersumpah dalam kemurkaan-Ku,
“Mereka tidak akan masuk dalam rehat-Ku.”

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 95: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk