MAZMUR 87:1-7
MAZMUR 87:1-7 Alkitab Berita Baik (BM)
Mazmur puak Korah. Sebuah lagu. TUHAN membina kota-Nya di atas bukit yang suci; Dia lebih mengasihi kota Yerusalem daripada tempat lain di Israel. Dengarlah, hai kota Allah, hal-hal baik yang disebut-Nya tentangmu: “Apabila aku menyenaraikan bangsa-bangsa yang taat kepada-Ku, Aku akan memasukkan Mesir dan Babilonia; bahkan Filistea, Tirus, dan Etiopia, akan tergolong sebagai penduduk Yerusalem.” Tentang Sion, akan dikatakan bahawa semua bangsa termasuk warga kota itu, dan Yang Maha Kuasa akan mengukuhkannya. TUHAN akan memasukkan bangsa-bangsa, dalam senarai penduduk Yerusalem. Mereka akan menari dan menyanyi, “Sionlah sumber segala berkat kami.”

MAZMUR 87:1-7 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Asas-Nya di bukit suci; TUHAN mencintai pintu pagar Sion lebih daripada segala tempat kediaman Yakub. Pelbagai kemuliaan disebutkan tentangmu, Wahai kota Allah: Sela “Aku akan menyebut Rahab dan Babel kepada mereka yang mengenal-Ku — Ketahuilah, wahai Filistea dan Tirus, serta Kush — ‘Dia dilahirkan di Sion.’ ” Dan tentang Sion akan dikatakan, “Dia ini dan dia itu telah dilahirkan dalamnya, dan Yang Maha Tinggi sendiri akan mengukuhkannya.” TUHAN akan mencatatkan ketika Dia mendaftarkan umat-Nya: “Dia ini dilahirkan di Sion.” Sela Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata, “Semua sumber bahagiaku dalammu.”