Asas-Nya di bukit suci; TUHAN mencintai pintu pagar Sion lebih daripada segala tempat kediaman Yakub. Pelbagai kemuliaan disebutkan tentangmu, Wahai kota Allah: Sela “Aku akan menyebut Rahab dan Babel kepada mereka yang mengenal-Ku — Ketahuilah, wahai Filistea dan Tirus, serta Kush — ‘Dia dilahirkan di Sion.’ ” Dan tentang Sion akan dikatakan, “Dia ini dan dia itu telah dilahirkan dalamnya, dan Yang Maha Tinggi sendiri akan mengukuhkannya.” TUHAN akan mencatatkan ketika Dia mendaftarkan umat-Nya: “Dia ini dilahirkan di Sion.” Sela Kedua-dua penyanyi dan pemain muzik berkata, “Semua sumber bahagiaku dalammu.”
Baca Mazmur 87
Kongsi
Bandingkan Semua Versi: Mazmur 87:1-7
Simpan ayat, baca di luar talian, tonton klip pengajaran, dan banyak lagi!
Halaman Utama
Alkitab
Pelan
Video