MAZMUR 86:11-17
MAZMUR 86:11-17 Alkitab Berita Baik (BM)
Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN, dan aku akan menurutnya dengan setia; ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh. Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku; aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya. Betapa besarnya kasih-Mu untukku; Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur. Ya Allah, orang sombong datang melawan aku; sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku; mereka tidak mempedulikan Engkau. Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang, sentiasa sabar, baik, dan setia. Pandanglah aku dan kasihanilah aku; kuatkanlah aku dan selamatkanlah aku, kerana aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu. Ya TUHAN, buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku, maka mereka yang membenci aku akan tersipu-sipu, ketika melihat Engkau menghiburkan dan menolong aku.
MAZMUR 86:11-17 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Ajarlah aku jalan-Mu, ya TUHAN, aku akan melangkah dalam kebenaran-Mu; padukan hatiku, supaya takut akan nama-Mu. Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, Allahku, dengan sepenuh hatiku; dan aku akan memuliakan nama-Mu untuk selama-lamanya. Kerana sungguh melimpah kasih-Mu kepadaku; dan Engkau telah melepaskan jiwaku daripada kubur. Ya Allah, orang yang sombong telah bangkit menentangku; dan gerombolan orang zalim beramai-ramai hendak membunuhku — mereka tidak berpandu kepada-Mu. Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah yang penyayang dan pengasih, panjang sabar serta berlimpah kasih dan setia. Berpalinglah kepadaku, dan kasihanilah aku; berilah kekuatan-Mu kepada hamba-Mu dan selamatkanlah aku yang mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu. Tunjukkanlah aku tanda kebaikan, supaya orang yang membenciku melihatnya lalu berasa malu, kerana Engkau, ya TUHAN, telah menolongku dan melipurkan aku.