MAZMUR 86
86
Doa Minta Tolong
1Doa Daud.
Dengarlah seruanku, ya TUHAN, dan kabulkanlah doaku,
kerana aku lemah dan tidak berdaya.
2Selamatkanlah aku daripada maut, kerana aku setia kepada-Mu;
selamatkanlah aku, hamba-Mu yang percaya kepada-Mu.
3Engkaulah Allahku; kasihanilah aku;
sepanjang hari aku berdoa kepada-Mu.
4Ya Tuhan, gembirakanlah hati hamba-Mu,
kerana aku menaikkan doa kepada-Mu.
5Ya Tuhan, Engkau baik dan suka mengampuni orang,
Engkau mengasihi mereka yang berdoa kepada-Mu.
6Dengarlah doaku, ya TUHAN,
dengarlah aku minta pertolongan.
7Ketika aku dalam kesusahan, aku berseru kepada-Mu
kerana Engkau mengabulkan doaku.
8Tiada tuhan yang seperti Engkau, ya Tuhan,
tiada yang dapat melakukan apa yang Engkau lakukan.
9 Semua bangsa yang telah Engkau cipta akan datang, ya Tuhan,
untuk menyembah-Mu dan memuji kebesaran-Mu.
10Engkau berkuasa dan melakukan perkara yang ajaib;
hanya Engkaulah Allah.
11Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,
dan aku akan menurutnya dengan setia;
ajarlah aku menghormati Engkau dengan sungguh-sungguh.
12Aku akan memuji Engkau dengan sepenuh hati, ya Tuhan, Allahku;
aku akan mengisytiharkan kebesaran-Mu selama-lamanya.
13Betapa besarnya kasih-Mu untukku;
Engkau telah menyelamatkan aku dari kubur.
14Ya Allah, orang sombong datang melawan aku;
sekumpulan orang kejam berusaha untuk membunuh aku;
mereka tidak mempedulikan Engkau.
15Tetapi Engkau, ya Tuhan, Allah pengasih dan penyayang,
sentiasa sabar, baik, dan setia.
16Pandanglah aku dan kasihanilah aku;
kuatkanlah aku dan selamatkanlah aku,
kerana aku mengabdi kepada-Mu seperti ibuku dahulu.
17Ya TUHAN, buktikanlah kebaikan-Mu kepadaku,
maka mereka yang membenci aku akan tersipu-sipu,
ketika melihat Engkau menghiburkan dan menolong aku.
Terpilih Sekarang Ini:
MAZMUR 86: BM
Highlight
Kongsi
Salin
Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk
Today's Malay Version Bible with Deuterocanon © The Bible Society of Malaysia, 1996.