MAZMUR 77:9-13
MAZMUR 77:9-13 Alkitab Berita Baik (BM)
Tidakkah Dia mengasihi kita lagi? Tidakkah Dia memenuhi janji-Nya lagi? Adakah Allah telah lupa mengasihani kita? Murkakah Dia, sehingga tidak berbelas kasihan lagi?” Kemudian aku berkata, “Inilah yang paling menyakiti hatiku, bahawa Allah tidak berkuasa lagi.” Aku akan mengingat perbuatan-Mu yang besar, ya TUHAN. Aku akan mengenang keajaiban yang Engkau lakukan pada zaman dahulu. Aku akan memikirkan segala yang Engkau lakukan, aku akan merenungkan segala perbuatan-Mu.
MAZMUR 77:9-13 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Sudah lupakah Allah bersikap penuh belas kasihan? Dalam kemurkaan-Nya sudahkah ditutup-Nya belas kasih-Nya? Sela Maka aku berkata, “Inilah kekhuatiranku: tetapi aku akan mengingati tahun-tahun tangan kanan Yang Maha Tinggi.” Aku akan mengingati kerja TUHAN; sesungguhnya aku akan mengingati keajaiban yang Kaulakukan dahulu. Aku juga akan merenung segala hasil kerja-Mu dan bercakap tentang perbuatan-Mu. Jalan-Mu, ya Allah, dalam tempat suci-Mu. Siapakah tuhan yang sama besar dengan TUHAN kita?