MAZMUR 57:7-11
MAZMUR 57:7-11 Alkitab Berita Baik (BM)
Musuhku memasang jaring untuk menangkap aku, aku diliputi perasaan putus asa. Mereka menggali lubang di jalanku, tetapi mereka sendiri terjatuh ke dalamnya. Ya Allah, aku sungguh yakin kepada-Mu; aku hendak menyanyi dan memuji Engkau! Bangunlah, hai jiwaku! Bangunlah, hai gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan matahari! Ya Tuhan, aku akan bersyukur kepada-Mu antara bangsa-bangsa. Aku akan memuji Engkau antara umat manusia. Kasih-Mu membumbung setinggi langit, kesetiaan-Mu sampai ke awan yang tinggi.
MAZMUR 57:7-11 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Hatiku teguh, ya Allah, hatiku teguh; aku akan menyanyi dan menggubah pujian. Bangunlah, jiwaku! Bangunlah, gambus dan kecapi! Aku akan membangunkan fajar. Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, dalam kalangan bangsa-bangsa; aku akan menyanyi untuk-Mu dalam kalangan umat manusia. Kerana kasih-Mu menjangkau langit; dan kesetiaan-Mu mencapai awan. Maha Tinggi Engkau, ya Allah, memerintah langit; dan kemuliaan-Mu di atas seluruh bumi.