Mazmur 57

57
Untuk pemimpin muzik. Menurut lagu “Jangan Binasakan.” Mazmur Daud, ketika dia lari daripada Saul ke dalam gua.
1Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku,
kerana jiwaku percaya kepada-Mu.
Dan di bawah naungan sayap-Mu aku akan berlindung
sehingga segala malapetaka ini berlalu.
2Aku akan berseru kepada Allah Yang Maha Tinggi,
kepada Allah yang melakukan segalanya untukku.
3Dia akan menghantar bantuan dari syurga dan menyelamatkan aku,
Dia memurkai orang yang ingin membinasakan aku; Sela
Allah akan menghantar kasih-Nya dan kesetiaan-Nya.
4Jiwaku dikepung singa;
aku terbaring di antara anak-anak manusia yang ganas membakar seperti api —
gigi mereka lembing dan anak panah, dan lidah mereka pedang yang tajam.
5Maha Tinggi Engkau, ya Allah, memerintah langit;
tunjukkan kemuliaan-Mu menguasai seluruh bumi.
6Mereka telah memasang jerat supaya kakiku terperosok; jiwaku tertekan.
Mereka telah menggali lubang yang dalam untukku;
lalu mereka sendiri terjatuh ke dalamnya. Sela
7Hatiku teguh, ya Allah, hatiku teguh;
aku akan menyanyi dan menggubah pujian.
8Bangunlah, jiwaku!
Bangunlah, gambus dan kecapi!
Aku akan membangunkan fajar.
9Aku akan memuji-Mu, ya Tuhan, dalam kalangan bangsa-bangsa;
aku akan menyanyi untuk-Mu dalam kalangan umat manusia.
10Kerana kasih-Mu menjangkau langit;
dan kesetiaan-Mu mencapai awan.
11Maha Tinggi Engkau, ya Allah, memerintah langit;
dan kemuliaan-Mu di atas seluruh bumi.

Terpilih Sekarang Ini:

Mazmur 57: AVB

Highlight

Kongsi

Salin

None

Ingin menyimpan sorotan merentas semua peranti anda? Mendaftar atau log masuk

YouVersion menggunakan kuki untuk memperibadikan pengalaman anda. Dengan menggunakan laman web kami, anda menerima penggunaan kuki kami seperti yang diterangkan dalam Polisi Privasi kami