MAZMUR 57:1-3
MAZMUR 57:1-3 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Menurut lagu: Jangan Musnahkan. Mazmur Daud, pada masa dia lari ke dalam gua untuk menghindari Raja Saul. Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, kerana aku mencari keselamatan daripada-Mu. Aku mendapat perlindungan di bawah naungan sayap-Mu, sehingga ribut yang mengamuk sudah berlalu. Kepada Allah Yang Maha Tinggi aku berseru, Dia Allah yang memenuhi segala keperluanku.
MAZMUR 57:1-3 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Kasihanilah aku, ya Allah, kasihanilah aku, kerana jiwaku percaya kepada-Mu. Dan di bawah naungan sayap-Mu aku akan berlindung sehingga segala malapetaka ini berlalu. Aku akan berseru kepada Allah Yang Maha Tinggi, kepada Allah yang melakukan segalanya untukku. Dia akan menghantar bantuan dari syurga dan menyelamatkan aku, Dia memurkai orang yang ingin membinasakan aku; Sela Allah akan menghantar kasih-Nya dan kesetiaan-Nya.