MAZMUR 52:1-9
MAZMUR 52:1-9 Alkitab Berita Baik (BM)
Untuk pemimpin koir. Sajak Daud, pada masa Doeg, orang Edom itu menghadap Raja Saul dan memberitahu baginda bahawa Daud sudah pergi ke rumah Abimelekh. Hai orang gagah, mengapa engkau membanggakan kejahatanmu terhadap orang yang dikasihi Allah? Sepanjang hari engkau merancang kehancuran orang; mulutmu setajam pisau cukur, dan dusta sentiasa engkau karang. Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan, dan lebih menyukai fitnah daripada kebenaran. Engkau suka menyakiti hati orang dengan kata-kata. Engkau pendusta! Oleh itu, Allah akan memusnahkan engkau selama-lamanya; Dia akan menangkap dan menarik engkau dari rumah; Dia akan melenyapkan engkau dari dunia orang hidup. Orang salih akan melihat perbuatan ini dan berasa takut; mereka akan mentertawakan engkau, dan berkata, “Lihat, inilah orang yang tidak berlindung kepada Allah, tetapi yakin akan kekayaannya yang berlimpah, dan mencari perlindungan dalam jenayah.”
MAZMUR 52:1-9 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Mengapa kaubanggakan kejahatanmu, hai orang berkuasa? Mengapa engkau sombong sepanjang hari, hai orang yang bermegah di hadapan Allah? Lidahmu merancang kebinasaan; seperti pisau cukur yang tajam, melakukan penipuan. Engkau lebih mencintai kejahatan daripada kebaikan, berdusta lebih daripada bercakap benar. Sela Engkau mencintai kata-kata yang membinasakan, Hai lidah berdusta! Oleh itu, Allah akan membinasakan kamu untuk selama-lamanya: Dia akan menyeretmu pergi, meragutmu dari rumah; dan mencabutmu dari tanah orang yang hidup. Sela Orang yang benar akan melihat ini dan berasa takut; mereka akan mencemuh dengan berkata, “Inilah orang yang tidak menjadikan Allah kekuatannya tetapi percaya akan kekayaannya yang bertimbun lalu menguatkan dirinya dalam kejahatan!” Tetapi aku seperti pokok zaitun yang hijau di Rumah Allah; aku percaya akan kasih setia Allah selama-lamanya. Aku akan memuji-Mu selama-lamanya kerana segala yang telah Kaulakukan; aku akan percaya kepada nama-Mu yang penuh kebaikan. Di hadapan umat-Mu yang warak, aku akan memuji-Mu.