MAZMUR 37:23-28
MAZMUR 37:23-28 Alkitab Berita Baik (BM)
TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya dan melindungi orang yang diperkenankan-Nya. Jika orang itu jatuh, dia tidak akan cedera, kerana TUHAN memegang tangannya. Kini aku sudah tua dan sudah hidup lama, tetapi aku tidak pernah melihat orang baik ditinggalkan TUHAN, ataupun anak mereka meminta-minta makanan. Mereka sentiasa memberi dan meminjamkan dengan murah hati, dan anak-anak mereka menjadi berkat bagi mereka. Tinggalkanlah yang jahat dan lakukanlah yang baik, supaya keturunanmu hidup di negeri ini selama-lamanya; kerana TUHAN suka akan kebenaran, dan tidak meninggalkan umat-Nya yang setia. Dia melindungi mereka selama-lamanya, tetapi keturunan orang jahat akan diusir.
MAZMUR 37:23-28 Alkitab Versi Borneo (AVB)
Langkah seorang yang baik diperintahkan oleh TUHAN, dan Dia meredai jalan yang dilaluinya; kalaupun orang itu tergelincir, dia tidak akan rebah, kerana TUHAN menyokongnya dengan tangan-Nya. Dari usia muda hingga tua sekarang, tidak pernah kulihat orang benar diabaikan TUHAN atau anak cucunya mengemis untuk makan. Mereka sentiasa pengasihan dan membantu; dan anak cucu mereka diberkati. Tinggalkanlah kejahatan, dan lakukan kebaikan; lalu hiduplah selama-lamanya. Kerana TUHAN kasih akan keadilan dan tidak akan meninggalkan umat-Nya yang warak. Mereka dipeliharakan selama-lamanya, tetapi keturunan orang zalim akan disingkiri.